Bukit Mertajam, Seberang Perai

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Bukit Mertajam)
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bukit Mertajam merupakan sebuah bandar di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Ia juga lebih dikenali sebagai BM di kalangan penduduk setempat.

Gereja St. Anne yang bersejarah terletak di Bukit Mertajam. SMK Tinggi Bukit Mertajam (ditubuhkan pada 18 Januari 1927) dan Sekolah Tinggi Jit Sin, yang mana ia merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia, juga terletak di Bukit Mertajam. SMK Tinggi Bukit Mertajam juga merupakan bekas sekolah kepada Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bukit Mertajam juga merupakan kawasan tumpuan dari Muzium Perang di Bukit Batu Maung, yang mana sebelumnya merupakan kawasan persembunyian kapal selam British pada 1930an. Kawasan persembunyian kapal selam ini bagi melindungi Pulau Pinang daripada serangan musuh. Untuk kemudahan perhubungan ke pulau, ia boleh dihubungkan melalui Jambatan Pulau Pinang.

Kampung Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam merupakan kampung asalnya mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Pakatan Rakyat(PR) setelah dipecat secara memalukan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.Kampung Cherok Tok Kun menjadi tumpuan aktiviti PKR.

Koordinat: 5°22′N, 100°28′E

Alatan peribadi