Bukit Mertajam, Seberang Perai
Koordinat: 5°22′U 100°28′T / 5.367°U 100.467°T
| Bukit Mertajam 大山脚 |
|
|---|---|
| Church of St Anne, Bukit Mertajam | |
| Nama panggilan: BM | |
|
|
|
| Koordinat: 5°22′0″U 100°28′0″T / 5.366667°U 100.466667°T | |
| Country | Malaysia |
| State | Penang |
| Kerajaan | |
| • Tuan Yang DiPertua MPSP | Mr.Mokhtar bin Mohd Jait |
| Populasi (2010[1]) | |
| • Jumlah | 227,972 |
| • Kepadatan | 590/km2 (1,500/sq mi) |
| Zon waktu | MST (UTC+8) |
| • Musim panas (DST) | Not observed (UTC) |
| Postal code | 14xxx |
| International dialling code prefix | +6044 (landline only) |
| Laman web | http://www.mpsp.gov.my |
|
|
|
Bukit Mertajam merupakan sebuah bandar di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Ia juga lebih dikenali sebagai BM di kalangan penduduk setempat.Nama 'Bukit Mertajam' sempena sebuah bukit berdekatan yang terletak di sebelah Timur bandar ini.
Bukit Mertajam juga merupakan bandar yang berkependudukan ramai di Seberang Perai selain Butterworth. Kaum yang majoriti di Bukit Mertajam ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Bukit Mertajam tidak begitu tinggi sekali berbanding dengan kos hidup di George Town. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampailah tempoh kini menunjukkan cuma 28,675 dari tahun 1970 menigkat kepada 122,044(1980), kemudian meningkat menjadi 165,422(1990),235,319(2000) dan lagi sekali meningkat kepada 227,972 (2010) sampailah kenderaan di bandar ini sekarang pun bertambah banyak. Trafik di Bukit Mertajam setiap hari juga sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja. Hal ini demikian kerana Bukit Mertajam adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu George Town, selain Butterworth. Bukit Mertajam juga terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (bahagian George Town ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Bukit Mertajam juga akan dapat masuk ke lebuhraya terpanjang di Malaysia ini dengan cepat dan tidak begitu jauh dan pergi ke Kuala Lumpur. Kebanyakan penduduk di Kulim pun datang bekerja di Bukit Mertajam pada setiap hari. Trafik perjalanan antara Kulim dan Bukit Mertajam pun agak sibuk pada setiap hari.
Isi kandungan |
Kedudukan [sunting]
Antara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas, Perai, Butterworth dan lain-lain.
Jajaran Lebuh raya Utara - Selatan terletak di sebelah Barat, kira-kira 5 km. Stesen kereta api terletak di tengah bandar untuk kemudahan penduduk. Stesen kereta api di Jalan Seri Bukit. Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd menyediakan kemudahan bas tinjat-tinjat dari satu tempat ke satu tempat sejak 31 Julai 2007. Lebuh raya Butterworth- Kulim berhubung terus dengan Bukit Mertajam menerusi susur keluar Permatang Nibong.
Pentadbiran [sunting]
Bukit Mertajam ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. MPSP mentadbir tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Bukit Mertajam sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai Tengah.
Kemudahan awam [sunting]
Gereja St. Anne yang bersejarah terletak di Bukit Mertajam. Gereja ini dibina pada 1846 oleh paderi Adolphe Couellan yang didedikasikan kepada Saint Anne. Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh akibat ramai penganut agama Kristian dan penganut Buddha mengunjungi Bukit Mertajam dan Padang Kota untuk menyambut perayaan mereka pada 31 Julai 1988.
Hospital Bukit Mertajam di Jalan Kulim. Hospital Pakar Bukit Mertajam terletak di Jalan Manggis.Pejabat Jabatan Agama Islam Bukit Mertajam terletak di Jalan Sungai Rambai.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam ditubuhkan pada 18 Januari 1927 adalah salah satu sekolah yang tertua di Malaysia. Beberapa tokoh penting bersekolah di sini seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelakon dan pelawak Imuda atau Abdul Rahim Muda dilahirkan di sini.Era 1990-an beliau berlakon dalam sitcom seperti Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan 2 +1 .Goh Lee Kwang dari International Sound Artist lahir dan tinggal di Permatang Batu, Bukit Mertajam. 3. Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton nombor satu negara juga dilahirkan di sini dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.
Sekolah Tinggi Jit Sin merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia, juga terletak di Bukit Mertajam. SMK Tinggi Bukit Mertajam juga merupakan bekas sekolah kepada Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bukit Mertajam juga merupakan kawasan tumpuan pelancong .Antara yang menarik ialah Muzium Perang di Bukit Batu Maung, yang mana sebelumnya merupakan kawasan persembunyian kapal selam British pada 1930-an. Kawasan persembunyian kapal selam ini bagi melindungi Pulau Pinang daripada serangan musuh. Untuk kemudahan perhubungan ke Pusat bandaraya George Town, ia boleh dihubungkan melalui Jambatan Pulau Pinang. Taman Burung Pulau Pinang berhampiran bandar ini.
Kampung Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam merupakan kampung asalnya mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Pakatan Rakyat(PR) setelah dipecat secara memalukan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.Kampung Cherok Tok Kun menjadi tumpuan aktiviti PKR.
Gurudwara Sahib Bukit Mertajam, Sri Thandayuthapani Kovil, Bukit Mertajam
Senarai institusi-institusi pendidikan [sunting]
- Kampus UiTM Bukit Mertajam
- Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
- Kolej Komuniti Cawangan Bukit Mertajam
- SJK (Tamil) Ladang Bukit Mertajam- mempunyai lebih kurang 350 orang murid dan merupakan satu-satunya sekolah tamil yang awal di sini.
- Institute Bukit Mertajam (IBM)
- Jit Sin High School
- Jit Sin Private School
- Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Alma
- Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam
- Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti
- Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa
- Sekolah Menengah Juara Bukit Mertajam
- Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh
- Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk
Penduduk Terkenal Bukit Mertajam [sunting]
- YB Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
- Abdullah Ahmad Badawi- bekas Perdana Menteri Malaysia
- Anwar bin Ibrahim- bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Abdul Rahim Bin Muda Imuda- pelakon ,pelawak dan pelukis Malaysia
- Goh Lee Kwang-International Sound Artist.
- Datuk Lee Chong Wei- pemain sukan badminton tersohor.Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008.
- Tan Sri Wong Pow Nee - bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama.
- Chong Eng - ahli parlimen Bukit Mertajam, mewakili parti DAP sejak 1999.
- William Peel - pegawai daerah Bukit Mertajam , 1899 era penjajahan British.
5°22′U 100°28′T / 5.367°U 100.467°T
- Wartawan Tan Hoon Cheng - pernah ditahan ISA pada Disember 2008.
- Nicholl Eruthiaraj - peserta Malaysian Idol
Rujukan [sunting]
- ↑ Helders, Stefan. "Malaysia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. http://www.world-gazetteer.com/wg.php?x=&men=gcis&lng=en&des=gamelan&dat=32&geo=-152&srt=pnan&col=ohdq&pt=c&va=x. Capaian 2010-10-31.
|
|||||||||||||||||