Bukit Safa dan Marwah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 21°25′25″N 39°49′38″E / 21.42361°U 39.82722°T / 21.42361; 39.82722

Bukit Safa dari atas
Bukit Marwah dari bawah
Kedudukan Bukit Safa dan Marwah

Bukit Safa dan Marwah (Bahasa Arab: الصفا Aş-Şafā ‎; المروة Al-Marwah) ialah dua bukit yang terletak di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi tempat umat Islam berulang alik tujuh kali dalam ibadah haji dan umrah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sa'i adalah rukun haji dan umrah, dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah mencari air untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s. menurut perintah Allah SWT.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda memulakan dakwah secara terbuka kepada semua penduduk Makkah dengan memanggil mereka berhimpun di Bukit Safa, sekitar tahun 613 M.[1]

Dalil Al-Quran[sunting | sunting sumber]

Bukit Safa dan Marwah juga disebut dalam Al-Quran.

" Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 158)[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. ms. 82–83. 
  2. http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=2&nAya=158&t=mal