Bukit Subang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bukit Subang ialah bandar di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Projek bandar ini diketuai oleh Guthrie Berhad.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bas Rapid KL laluan T772 di Stesen MRT Kwasa Sentral pada tahun 2024

Bukit Subang dapat dicapai dengan menggunakan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid KL; iaitu laluan T772 dalam Koridor Lebuhraya Persekutuan. Perkhidmatan bas laluan T772 bermula di hentian bas Stesen MRT Kwasa Sentral (kod hentian bas – SA1020) di Persiaran Kwasa Puteri dalam kawasan Kwasa Damansara menuju ke Bukit Subang dengan melewati Denai Alam, Taman Subang Perdana (Seksyen U3 Shah Alam), Subang, dan Seksyen U6 Shah Alam.[1] Laluan bas T772 merupakan laluan bas peranatara MRT Laluan Kajang dan merupakan satu daripada lima laluan bas yang berkhidmat di hentian bas Stesen MRT Kwasa Sental.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | T722" [MyRapid - Hentian Bas | T772]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  2. ^ "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.