Buku panduan telefon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Buku panduan telefon (juga dikenali sebagai buku telefon atau halaman putih/kuning) merupakan senarai pelanggan perkhidmatan telefon talian tetap yang disediakan oleh penerbitnya yang juga merupakan pernyedia perkhidmatan telefon talian tetap. Tujuannya ialah bagi membolehkan nombor telefon pelanggan yang dikenal pasti melalui nama dan alamatnya ditemui. Kebangkitan Internet dan telefon bimbit pada abad ke-21 telah banyak mengurangkan keperluan buku telefon kertas.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Nama pelanggan secara amnya disenaraikan mengikut urutan abjad, bersama-sama alamat dan nombor telefon. Mengikut amalan, setiap pelanggan mengikut kawasan geografi liputan disenaraikan, tetapi pelanggan boleh juga memohon pengecualian daripada nombornya disenaraikan daripada buku panduan, biasanya dikenakan bayaran tertentu.[1]

Buku panduan telefon mungkin turut menampilkan arahan bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan telefon tempatan, mungkin memberi nombor-nombor telefon penting bagi perkhidmatan kecemasan, utiliti, hospital, doktor, dan organisasi yang memberikan sokongan semasa krisis. Ia turut mempunyai maklumat berkenaan pertahanan awam serta pengurusan kecemasan. Selain itu, terdapat juga peta transit, panduan poskod, atau carta susunan kerusi stadium, di samping iklan-iklan.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Halaman putih.

Sebuah buku telefon dan kandungannya boleh dikenali mengikut warna kertas yang digunakan.

  • Halaman putih - menyenaraikan nama pelanggan, alamat serta nombor telefon masing-masing.
  • Halaman kuning - merupakan "buku panduan perniagaan", di mana butiran mengenai perniagaan disusun mengikut turutan abjad, hampir sentiasa dibayar melalui pengiklanan berbayar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]