Bulgaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 42°45′N 25°30′E / 42.750°U 25.500°T / 42.750; 25.500

Република България
Republika Balgaria
Republik Bulgaria
Flag of Bulgaria.svg Coat of arms of Bulgaria.svg
Bendera Jata
Cogan kata: Съединението прави силата
"Unity Makes Strength"
Lagu kebangsaan: Mila Rodino
("Dear Motherland")
LocationBulgaria.svg
Ibu negara
Bandar terbesar
Sofia
Sofia
Bahasa rasmi Bulgaria
Kerajaan
 –Presiden
 –Perdana Menteri
Demokrasi parlimentari
 Georgi Parvanov
 Boyko Borisov
Kemerdekaan
 – Diasaskan
 –Dikristiankan
 –Autonomi dikembang
 – Diisytiharkan

dari Empayar Uthmaniyyah
681
865
3 Mac, 1878
5 Oktober, 1908
(22 September T.G.L)
Kemasukan ke EU 1 Januari, 2007
Kawasan
 – Jumlah

 – Air (%)

 110,912 km² (ke-104)
42,823 b psg
 0.3%
Populasi
 – anggaran 2005
 – banci 2001
 – Kepadatan
 

 7,726,000 (ke-93)
 7,932,984
70/km² (ke-124)
 181/b psg
GDP (PPP)
 – Jumlah
 – Per kapita
anggaran 2005
$71.235 billion (ke-66)
$9,600 (ke-66)
HDI (2006) 0.816 (tinggi) (ke-54)
Matawang Lev (BGN)
Zon waktu
 – Musim panas (DST)
EET (UTC+2)
EEST (UTC+3)
Kod panggilan
TLD Internet
+359
.bg

Bulgaria (disebut /bʌlˈɡɛəriə/ (Speaker Icon.svg dengar); Bulgaria: България, disebut [bəlˈɡarija]), secara rasmi digelar Republik Bulgaria (Република България, Republika Bulgaria, [rɛˈpublika bəlˈɡarija]), ialah sebuah negara di Balkan di Eropah tenggara. Ia menyempadani lima buah negara, iaitu:

Laut Hitam mentakrifkan takat negara di timur.

Bulgaria merangkumi bahagian-bahagian Moesia, Thrace, dan Macedonia yang merupakan provinsi-provinsi Rom.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Budaya Eropah Lama di wilayah Bulgaria masa ini mula mengeluarkan artefak emas sejak milenium ke-5 SM.[1] Bagaimanapun, identiti kenegaraan dan negara Bulgaria muncul hanya sejak abad ke-7 Masihi. Semua entiti politik Bulgaria kemudian yang kekadang merangkumi hampir semua kawasan Balkan mengekalkan tradisi (nama etnik, bahasa, dan abjad) Empayar Bulgaria Pertama (632/681 – 1018) dan menyebarkan abjad, sastera, dan budayanya kepada orang Slavik serta juga orang-orang yang lain di Eropah Timur. Berabad-abad kemudian, dengan kemerosotan Empayar Bulgaria Kedua (1185 – 1396/1422), kerajaan-kerajaan Bulgaria dikuasai oleh Empayar Uthmaniyyah selama hampir lima abad.

Perang Rusia-Turki yang berlangsung antara 1877 hingga 1878 menyebabkan pengasasan semula negara Bulgaria sebagai sebuah pemerintahan raja perlembagaan pada 1878, dengan Perjanjian San Stefano menandakan kelahiran Negara Bulgaria Ketiga. Dengan persengketaan sosial dirancang di tengah-tengah Empayar Uthmaniyyah, kerajaan Aleksandar Malinov dan Putera Ferdinand dari Bulgaria mengisytiharkan kedaulatan penuh negara Bulgaria di ibu negara kuno, Veliko Tarnovo.[2]

Pada 1945, selepas Perang Dunia II, Bulgaria menjadi sebuah negara komunis serta sebahagian Blok Timur. Todor Zhivkov menguasai politik Bulgaria selama 33 tahun antara 1956 sehinggalah 1989. Pada 1990, selepas Revolusi 1989, Parti Komunis menyerahkan kuasanya dan Bulgaria beralih kepada sistem demokrasi dan kapitalisme pasaran bebas lalu mengamalkan sistem berparlimen di dalam sebuah republik berperlembagaan satuan.

Sebagai salah satu anggota Kesatuan Eropah, NATO, dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Bulgaria mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi sebanyak 0.834 dan ditempatkan nombor 56 di dunia pada tahun 2006.[3] Pada 2008, Freedom House menyenaraikan Bulgaria sebagai "bebas", dan memberikannya skor 1 (tertinggi) untuk hak politik serta skor 2 untuk kebebasan awam.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Garis kasar Bulgaria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "The Thracian tomb in Kazanluk". Digsys.bg. http://www.digsys.bg/books/cultural_heritage/thracian/thracian-intro.html. Capaian 2009-01-02. 
  2. Crampton, R.J., Bulgaria, 2007, pp.174, Oxford University Press
  3. Human development index trends, Human development indices by the United Nations. Retrieved on June 7, 2009
  4. Bulgaria country report for 2008, freedomhouse.org

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Bandar di Bulgaria Bendera Bulgaria
Aitos | Asenovgrad | Blagoevgrad | Botevgrad | Burgas | Dimitrovgrad | Dobrich | Dupnitsa | Gabrovo | Gorna Oryahovitsa | Gotse Delchev | Harmanli | Haskovo | Karlovo | Karnobat | Kazanlak | Kardzhali | Kyustendil | Lom | Lovech | Montana | Nova Zagora | Panagyurishte | Pazardzhik | Pernik | Petrich | Pleven | Plovdiv | Razgrad | Rousse | Samokov | Sandanski | Sevlievo | Shumen | Silistra | Sliven | Smolyan | Sofia (ibu negara) | Stara Zagora | Svishtov | Targovishte | Troyan | Varna | Veliko Tarnovo | Velingrad | Vidin | Vratsa | Yambol