Buli Balik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Buli Balik
Bulibalikposter3.jpg
Pengarah Afdlin Shauki
Penerbit Ahmad Puad Onah
Pengarang Afdlin Shauki (lakon layar)
Lakonan Afdlin Shauki
Hans Isaac
Nasha Aziz
Pengedar Grand Brilliance Sdn Bhd
Vision Works (M) Sdn Bhd
Tall Order Productions Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Rujukan Filemkita

Rujukan Sinema Malaysia

Filem Buli Balik ini ialah sambungan kepada filem Buli yang mendapat sambutan hangat pada tahun 2004. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 26 Januari 2006 di seluruh negara. Filem ini seperti dua filem terdahulu Afdlin Shauki iaitu Buli (2004) dan Baik Punya Cilok (2005) mendapat sambutan menggalakkan di pawagam.

Isi kandungan

Sinopsis [sunting]


Filem ini dimulakan selepas enam bulan tragedi Roy dilanggar. Roy dikejarkan ke hospital dan dia ditemani Nordin. Menurut Doktor Selina, Roy tiada harapan hidup. Sementara itu Rudy yang cuba melarikan diri ditangkap polis di pintu masuk Bukit Aman. Enam bulan berlalu dan Nordin berjaya menjuarai rancangan kuiz kegemaran ramai, Siapa Salah Kena Karan. Rudy yang berada di penjara juga membuat pertaruhan sesama banduan di atas kemenangan Nordin tetapi air mukanya berubah apabila dia mula mengecam muka Nordin dari tempat kemalangan Roy. Suatu hari, Nordin terkejut kerana terserempak dengan Roy di hospital dan dia tidak percaya yang Roy masih hidup. Kata Doktor Selina hanya mereka yang rapat dengan Roy boleh membantu memulihkan ingatannya. Doktor Selina mencadangkan agar Nordin membawa Roy pulang tetapi Shaff tidak setuju. Adakah Nordin akan membalas dendam terhadap Roy? Filem ini akan merungkai persoalan apakah Nordin yang seringkali dibuli oleh Roy pada filem pertama itu akan menjadi seperti Roy apabila dia memperoleh kesempatan yang sama.

Pelakon [sunting]

  1. Afdlin Shauki
  2. Hans Isaac
  3. Nasha Aziz
  4. AC Mizal
  5. Umie Aida
  6. Patrick Teoh
  7. Ako Mustapha
  8. Syanie
  9. Sharifah Shahira

Anugerah [sunting]

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-19 Filem Terbaik Keseluruhan Filem Pencalonan
Pengarah Terbaik Afdlin Shauki Pencalonan
Pelakon Lelaki Terbaik Afdlin Shauki Menang
Lakon Layar Terbaik Afdlin Shauki Pencalonan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hans Isaac Menang
Anugerah Skrin 2006[1] Filem Terbaik[2] Keseluruhan Filem Menang
Pengarah Terbaik Afdlin Shauki Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Afdlin Shauki Pencalonan
Lakon Layar Terbaik Filem Afdlin Shauki Menang

Rujukan [sunting]

Lihat Juga [sunting]

Laman Rasmi [sunting]