Bulu badan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bulu badan pada wanita

Bulu badan secara umumnya merujuk kepada; bulu (rerambut kecil) yang wujud di seluruh bahagian badan atau; kawasan tertentu di badan manusia selepas baligh. Ia berbeza dari rambut di kepala dan bulu roma; ia lebih halus berbanding rambut tetapi lebih besar daripada bulu roma. Pertumbuhan bulu badan berkait dengan paras androgen (hormon jantan) dalam individu. Disebabkan paras normal androgen yang lebih tinggi, lelaki cenderung memiliki lebih banyak bulu badan berbanding wanita.

Dari tempoh kanak-kanak seterusnya, tanpa mengira jantina, bulu badan melitupi hampir keseluruhan bahagian tubuh manusia. Pengecualian termasuk pada bibir, belakang telinga, tapak tangan, tapak kaki, bahagian luar tertentu alat kelamin, pusat, dan tisu parut. Kepadatan rambut – jumlah folik rambut setiap bahagian kulit – berbeza dari seseorang dengan orang lain.

Perkembangan dan pertumbuhan[sunting | sunting sumber]

Folikel rambut berbeza pada tahap berlainan kepada androgen, terutamanya testosteron dan hasilannya, dengan kawasan berbeza pada tubuh memiliki kepekaan berbeza. Ketika tahap androgen meningkat, kadar pertumbuhan rambut dan berat rambut meningkat. Faktor genetik menentukan kedua-dua aras androgen individu dan and kepekaan folikel rambut kepada androgen, juga ciri-ciri lain seperti warna rambut, jenis rambut dan pengekalan rambut.

Peningkatan tahap androgen semasa baligh menyebabkan bulu roma bertukar menjadi bulu badan bagi sebahagian besar badan. Turutan kemunculan bulu badan membayangkan tahap kepekaan kepada androgen, dengan bulu ari-ari yang pertama muncul kerana kepekaan kawasan tersebut kepada androgen. Kemunculan bulu ari-ari bagi kedua-dua jantina biasanya dilihat sebagai petunjuk kepada permulaan baligh seseorang. Terdapat perbezaan seksual bagi jumlah dan taburan bulu androgenik, dengan lelaki cenderung memiliki lebih banyak bulu badan di kawasan lebih banyak. Ini termasuk bulu muka, bulu dada, bulu perut, bulu kaki dan bulu lengan, dan bulu kaki. Wanita biasanya mengekalkan lebih banyak bulu roma yang kurang kelihatan, sungguhpun bulu keting, lengan dan kaki buleh dilihat pada wanita. Adalah biasa bagi wanita bagi memiliki beberapa bulu badan sekitar puting mereka.

Taburan pertumbuhan[sunting | sunting sumber]

Bulu kaki seorang lelaki remaja

Seperti banyak bulu di badan manusia, bulu kaki, lengan, dada dan belakang bermula sebagai bulu roma.

Evolusi[sunting | sunting sumber]

Menentukan evolusi fungsi bulu androgenik perlu mengambil kira evolusi manusia dan ciri-ciri bulu itu sendiri.

Ciri-ciri termodinamik bulu rambut berasaskan ciri-ciri helaian keratin dan asid amino yang bergabung membentuk struktur 'bergelung'. Struktur ini mendorong kepada pembentukan kebanyakan ciri-ciri bulu rambut, seperti keupayaannya untuk merenggan dan kembali kepada panjang asal. Ia perlu disedari bahawa struktur bergelung ini tidak menyumbang kepada rambur keriting halus atau bergulung, kedua-duanya ditentukan oleh keratan rentas folikel rambut bujur atau segi tiga.[1]

Bulu adalah konduktor suhu yang sangat baik dan dapat membantu dalam proses pembebasan haba untuk keluar dari badan. Namun keadaan semulajadi ini boleh tergugat dan menimbulkan masalah apabila seseorang itu melakukan proses meluruskan rambut atau pengeringan rambut. Kerana dengan cara ini, pemindahan haba panas akan mudah menyerap masuk ke dalam batang rambut. Ini akan memanaskan air yang terdapat pada akar rerambut dan kulit kepala. Seterusnya mencetuskan keadaan rambut yang kurang sihat dan mudah rapuh sehingga rambut menjadi kering. Keadaan ini boleh bertambah teruk jika isolasi minyak silikon tidak digunakan untuk untuk memelihara kelembapan kulit dan rambut kepala. When goose pimples are observed, small muscles contract to raise the hairs both to provide insulation, by reducing cooling by air convection of the skin, as well as in response to central nervous stimulus, similar to the feeling of 'hairs standing up on the back of your neck'. This phenomenon also occurs when static charge is built up and stored in the hair. Keratin however can easily be damaged by excessive heat and dryness, suggesting that extreme sun exposure, perhaps due to a lack of clothing, would result in perpetual hair destruction, eventually resulting in the genes being bred out in favor of high skin pigmentation. It is also true that parasites can live on and in hair thus peoples who preserved their body hair would have required greater general hygiene in order to prevent diseases caused by such as well as a need for grooming, two predominant factors in the civilization of homo sapiens.[2] Error: tiada nama laman disertakan (help).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hair Shape". Hair-science.com. 2005-02-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-22. Dicapai pada 2009-09-18.
  2. ^ "Properties Of Hair". Hair-science.com. 2005-02-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-04. Dicapai pada 2009-09-18.