Bumiputra di Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah:

  1. Arab
  2. Kadazandusun
  3. Bajau
  4. Murut
  5. Melayu-Brunei
  6. Orang Sungai
  7. Bonggi
  8. Kwijau
  9. Paitan
  10. Lun Bawang
  11. Lundayeh
  12. Kedayan
  13. Ubian
  14. Binadan
  15. Bisaya [1]
  16. Kokos
  17. Rumanau
  18. Lotud
  19. Minokok
  20. Tidung
  21. Rungus
  22. Tatana[2]
  23. Tagaas
  24. Suluk
  25. Kimaragang
  26. Irranun
  27. Ida'an

Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun.

Perlu dimaklumkan kenyataan tentang peruntukan taraf Bumiputra ini tidak termasuk rakyat Filipina dan rakyat Indonesia yang memohon menjadi warganegara Malaysia iaitu bangsa Tagalog, bangsa Tausug, bangsa Visaya untuk imigran-imigran dari Filipina manakala imigran-imigran dari negara Indonesia pula ialah bangsa Bugis, bangsa Timor, bangsa Toraja (Tator), dan bangsa Buton.

Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).


Isi kandungan

[sunting] Bukan Bumiputra di Sabah

Sebahagian lagi kumpulan rakyat Malaysia yang berbangsa lain dikelaskan sebagai Bukan Bumiputera seperti rakyat berbangsa Cina dan berbangsa India. Ini termasuklah juga rakyat Malaysia yang berasal dari negara lain tetapi mendapat kerakyatan Malaysia seperti imigran yang berasal dari negara Indonesia, Filipina, Timor Leste, Pakistan termasuk juga dari negara Barat dan Asia Barat.

[sunting] Lihat Juga

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan