Bundesrat (Jerman)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 52°30′33″N 13°22′53″E / 52.50917°U 13.38139°T / 52.50917; 13.38139

Jerman

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Jerman



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Bundesrat (Melayu: Majlis Persekutuan) ialah organ penggubal perlembagaan dalam Republik Persekutuan Jerman. Melalui majlis ini, negeri-negeri Jerman menjalankan hak dan suara mereka bagi meluluskan undang-undang, mengawasi pentadbiran peringkat persekutuan dan juga memutuskan satu-satu isu membabitkan Kesatuan Eropah (EU). Setiap negeri diwakili oleh wakil-wakil kerajaan negeri di dalamnya. Oleh yang demikian, kepentingan-kepentingan negeri dalam pembentukan kehendak politik seluruh negara diambilkira. Institusi inilah yang memperkasakan konsep persekutuan di Jerman yang diterap di dalam perlembagaan negara itu melalui Klausa Abadi[1] yang tidak boleh dipinda atau dimansuh.

Preußisches Herrenhaus (Dewan Pertuanan Prussia), Tempat bersidangnya Bundesrat

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Jerman telah menyatakan dengan jelas tugas Majlis Persekutuan ini dalam perkataan seperti berikut: "Melalui Bundesrat bertindaklah setiap negeri-negeri dalam penggubalan undang-undang dan pentadbiran persekutuan dan juga hal ehwal berkaitan Kesatuan Eropah."[2]

Oleh yang demikian, majlis ini bukanlah dewan perundangan kedua di samping Bundestag seperti yang diamalkan oleh sistem parlimen dwidewan bahkan merupakan institusi negara yang mempunyai haknya tersendiri, bagi memberi negeri-negeri suara di peringkat persekutuan. Mereka sendiri berbincang di Bundesrat dan bertindak sama terhadap isu-isu berbangkit seperti yang dinamakan sebelum ini dan setiap bentuk tindakan yang boleh diambil telah dijelas dan dibatasi perlembagaan.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Artikel 79 Perenggan 3 Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman.
  2. Artikel 50 ibid



Flag of Germany.svg Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.