Bung Mokhtar Radin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk

Bung Mokhtar Radin
Bung Mokhtar.jpg

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC)
Penyandang
Tempoh jawatan 
2008

Member of Parliament
for P187 Kinabatangan, Sabah
Tempoh jawatan
1999 – kini
Didahului oleh Juhar Mahiruddin
Majoriti 6,326

Lahir 15 September 1959 (55 tahun)
Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sabah
Parti politik BN-100px.jpgBN-UMNO (Malaysia).svgUMNO
Pasangan Datin Nor Asidah Alimudin, Zizie Ezette
Pekerjaan Ahli Parlimen, Ahli politik
Religion Islam

Datuk Bung Mokhtar Radin adalah ahli politik Malaysia yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah dari Barisan Nasional - UMNO terkenal kerana sering menimbulkan kontroversi di Parlimen. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi UMN0 setelah terpilih di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan. Beliau berketurunan Orang Sungai. Bung Mokhtar dilahirkan dalam keluarga politik apabila datuk nenek serta ibu bapanya adalah penyokong kuat USNO sejak ia ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Datu Mustapa pada awal 1960-an. Ibu bapa beliau ialah Rashidah Jikrun dan Radin Yatim. Isteri beliau ialah Datin Nor Asidah Alimudin dan artis Zizie Ezette.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan Hal-Ehwal Khas Sandakan (1987-1991), Pegawai Luar Bandar MARA Sandakan (1991-1992) dan Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah (1994-1999).

Politik[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik[sunting | sunting sumber]

  • Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) (sejak 2008)
  • Ahli Parlimen Kinabatangan (sejak 1999)
  • Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan (1996 sehingga sekarang)
  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah (1991-1995)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan (1991-1995)
  • Exco Pemuda USNO (1980-1991)
  • Ketua Pemuda USNO Bahagian Kinabatangan (1979-1991)

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pertama kali menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sabah pada 1994 bagi kerusi Kuamut iaitu kubu kuat pembangkang ketika itu. Beliau kalah kerana mendakwa dirinya disabotaj. Beliau kali pertama memenangi pilihanraya pada 1999 setelah mengalahkan calon PBS, Ali Latip Taha untuk kerusi Parlimen Kinabatangan. Sejak menyertai politik pada 1978, beliau menjadi wakil calon USNO dan BN sebanyak lima kali untuk kerusi Sukau dan Parlimen Kinabatangan.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Ahmad Abdul dengan majoriti sebanyak 6,326 undi. Beliau memperolehi 8,507 undi berbanding lawannya dari PKR memperolehi hanya 2,181 undi dan calon bebas, Dasim @ Ricky Jikah memperolehi hanya 1,515.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Penggunaan perkataan lucah[sunting | sunting sumber]

Bung Mokhtar mula menjadi perhatian apabila menggunakan perkataan lucah 4 huruf ketika berbahas dengan Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam, Chong Eng di persidangan Parlimen pada tahun 2001.

Penggunaan "bocor"[sunting | sunting sumber]

Beliau bersama dengan Mohammad Said bin Yusof (Ahli Parlimen Jasin semasa itu) telah menggemparkan seluruh negara kerana membuat komen seksis atau komen lucah terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP, Fong Po Kuan (Batu Gajah) di Parlimen semasa sidang Parlimen pada tahun 2007. Beliau mengikuti Mohammad Said mengatakan bahawa Fong Po Kuan "bocor" setiap bulan (datang haid), semasa mereka sedang berbahas tentang kebocoran bangunan Parlimen. Pada mulanya mereka enggan meminta maaf, tetapi selepas menerima tekanan dari seluruh negara, mereka akhirnya meminta maaf kepada semua wanita selepas bertemu dengan Sharizat binti Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa itu). Namun permintaan maaf mereka ditolak oleh Fong Po Kuan kerana mereka dianggap tidak ikhlas.[3]

Karpal Singh[sunting | sunting sumber]

Beliau sekali lagi menjadi tumpuan ketika hari pertama Parlimen Malaysia ke-12 yang bersidang pada 30 April 2008 selepas dipanggil sebagai 'Bigfoot of Kinabatangan' oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh. Beliau melawan kata dan menjawab Karpal sebagai 'Big Monkey'.[4]

Ketika persidangan Parlimen Malaysia ke-12 pada bulan Mei, Bung Mokhtar sekali lagi terlibat dengan kontroversi yang melibatkan orang kurang upaya (OKU). Beliau dan Ibrahim Ali meminta Karpal Singh, yang berkerusi roda setelah kemalangan untuk berdiri dan menunjukkan hormat kepada Speaker Dewan.[5]

Isyarat lucah[sunting | sunting sumber]

Bung Mokhtar sekali lagi terlibat dengan kontroversi apabila beliau dikatakan menggunakan tangannya untuk membuat isyarat lucah di persidangan Parlimen pada 8 Julai 2008. Perbuatannya itu telah disaksikan setiap rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung persidangan tersebut di televisyen. Walaubagaimanapun, beliau menafikan ia adalah isyarat lucah dan hanya orang yang berfikiran kotor sahaja yang menganggap ia sebagai sedemikian. [6]

Perkahwinan dengan artis Zizie Ezette[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 2009, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa beliau berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette yang disahkan oleh rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.[7] Walaupun begitu, ia dinafikan oleh ibu Zizie, Khaty Fauziah yang menyatakan bahawa semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya. Sungguhpun begitu, beliau memang mempunyai hubungan dengan artis tersebut dan Saya hanya dimaklumkan oleh Zizie bahawa Bung Moktar ada melamarnya sebagai isteri tetapi itu adalah di antara mereka berdua. [8]Pada 31 Disember 2009, Utusan Malaysia melaorkan bahawa beliau kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama isterinya, Zizie Izette, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari 2010.[9] Akhirnya pada 20 April 2010, kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember 2009. Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.[10]


Desak Shahrizat undur[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Disember 2011, semasa Perhimpunan Agung UMNO 2011, beliau sekali lagi menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan kerana menjadi liabiti kepada kerajaan BN dan UMNO. Isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di Gemas dengan pinjaman mudah RM250 juta dikaitkan dengan suami dan anak-anaknya.[11]Pembangkang mendedahkan operasi NFC mengalami kerugian tetapi NFC membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah. Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.[12] Namun , Shahrizat menafikan dia terlibat malah mencabar Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan kerana kesalahan suaminya. Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia Datuk Seri Khalid Abu Bakar mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.[13]

Keputusan Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Undian Majoriti Jumlah pengundi Lawan Peratusan pengundian
1994 N23 Kuamut 1,449 kalah dengan 735 3,891 Joseph Sitin Saang (PBS)
Ali Latip Taha (Bebas)
72.34%
Tahun Kawasan Undian Majoriti Jumlah pengundi Lawan Peratusan pengundian
1999 P162 Kinabatangan 8,141 menang dengan 3,895 12,387 Ali Latip Taha (PBS) 58.84%
2004 P187 Kinabatangan menang tanpa tanding
2008 P187 Kinabatangan 8,507 menang dengan 6,326 12,203 Ahmad Abdul (PKR)
Dasim @ Ricky Jikah (Bebas)
65.53%

Rujukan[sunting | sunting sumber]