Bunga Tanjung
| Pokok Bunga Tanjung | ||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Pengelasan saintifik | ||||||||||||||||
|
||||||||||||||||
| Nama binomial | ||||||||||||||||
| Mimusops elengi L. |
Pokok Bunga Tanjung (mimusops elengi) dari famili Sapotaceae berasal dari kepulauan Indo-Cina dan Semenanjung Tanah Melayu.
Pokok yang boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter ini mempunyai ciri yang amat digemari oleh pereka landskap dan peminat landskap iaitu bunganya yang berbau wangi serta buahnya yang menarik burung dan haiwan lain untuk datang. Bahagian yang digunakan ialah kayu, kulit batang, daun dan bunga. [1], Medlar[1], and Bullet wood.
[sunting] Gambaran pokok
Pokok Bunga Tanjung adalah pokok malar hijau mencecah ketinggian sekitar 16 m. Ia berbunga pada April, dab berbuah berlaku sekitar bulan Jun. Daunnya berkilat, hijau gelap, berbentuk bujur, sepanjang 5–14 cm dan 2.5–6 cm lebar. Bunganya krim, berbulu dan wangi. Kulit kayunya adalah tebal dan kelihatan perang gelap kehitaman atau kelabu gelap, dengan lapisan dan beberapa rekahan pada permukaan. Pokok mungkin mencecah ketinggian 30–60 kaki dengan ukur lilit sekitar 1 m.
[sunting] Kegunaan
| Kandungan bahagian ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. |
- Merawat ruam bernanah
- Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau.
- Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari
- Merawat luka.
- Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.
- Merawat ozena atau rinitis
- Mewangikan rambut.
- Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita.
[sunting] Rujukan
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bunga Tanjung |
- Brock, J., Top End Native Plants, 1988. ISBN 0-7316-0859-3