Bunohan (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bunohan
Bunohanposter02.jpg
Poster Bunohan menampilkan Zahiril Adzim, Faizal Hussein & Pekin Ibrahim
Pengarah Dain Iskandar Said
Penerbit Nadita Solomon
Pengarang Dain Iskandar Said (cerita asal & lakon layar)
Lakonan Faizal Hussein
Zahiril Adzim
Pekin Ibrahim
Bront Palarae
Nam Ron
Soffi Jikan
Mula ditayang 8 Mac 2012
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Pulangan kasar RM780,000[1]

Bunohan merupakan sebuah filem genre drama aksi yang mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2012. Filem arahan Dain Iskandar Said menampilkan Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron sebagai pelakon utama filem ini.

Filem ini merupakan filem kedua Dain Iskandar Said selepas Dukun.

Bunohan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 dan dipilih sebagai penyertaan rasmi Malaysia ke anugerah Oskar (Academy Awards) 2012 untuk merebut kategori top 5 Filem Antarabangsa Terbaik. Filem ini akan berentap dengan 70 filem antarabangsa yang lain.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan tentang 3 adik-beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas melarikan diri daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ seorang peninju tomoi, terpaksa melarikan diri pula daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke sebuah kampung bernama Bunohan. Apabila mereka bertembung, memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Kehadiran mereka bertiga di kampung Bunohan telah membangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebagai ayah kepada mereka bertiga. Setiap seorang dari mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditenggelami kebencian yang membawa kepada kehilangan jiwa , pengkhianatan yang tidak berkesudahan dan pemBUNOHAN.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Idea[sunting | sunting sumber]

Idea menerbitkan filem ini telah lama dirancang sejak dahulu. Bermula dengan tajuk `Bunga Lalang’ bersempena nama panggilan Adil dalam gelanggang tomoi, akhirnya ditukar kepada nama `Bunohan’ berikutan latar tempat filem ini. Semasa melakukan penyelidikan, Dain selaku pengarah, telah menemui beberapa orang Kelantan. Mereka memberitahu beliau untuk pergi ke tempat dipanggil `Bunohe’ sebagaimana panggilan masyarakat Kelantan. Beliau pada mulanya tidak percaya. Namun beliau akhirnya telah melawat tempat itu sendiri atas cadangan penduduk tempatan.

Pemilihan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Faizal Hussein dan Dain Said ketika sesi pengambaran

Empat hingga lima tahun lalu, Dain mempelawa para pelakon untuk membintangi filemnya. Beliau tidak mempunyai ramai watak, tetapi sudah mengetahui pelakon yang bakal membawakan watak dalam filem tersebut. Beliau terus memilih Faizal Hussein sebagai Ilham, kerana beliau pernah bekerja denganya ketika pengambaran filem Dukun (telah diharamkan)

Bagi Faizal, beliau sudah mengetahui tentang tawaran filem ini sebelum pengambaran bermula. Beliau yang memegang watak sebagai pembunuh upahan begitu teruja untuk melakukan watak ini.

Pekin Ibrahim menjayakan watak Bakar, seorang anak yang tamak

Bagi watak Bakar, Dain menghadapi masalah kerana beliau buntu untuk mengambarkan cirri-ciri watak ini. Namun, beliau menemui pelakon yang sesuai untuk watak ini. Beliau memilih Pekin Ibrahim untuk membawa watak Bakar. Baliau yang dijadualkan untuk watak kecil selaku pelakon pembantu, berjaya mengagumkan Dain dan terus dianggakt selaku pembawa watak ini. Menurut Pekin, beliau menangis apabila mendapat watak ini, keranan beliau merasakan watak ini mencabar. Beliau membawa watak jahat secara bukan fizikal, sekali gus memberi cabaran buat beliau.

Watak orang Cina fasih loghat Kelantan bernama Jing menjadi salah satu cabaran buat Dain. Beliau mengakui terdapat ramai pelakon Cina berbakat, tetapi tidak ada yang menepati cirri-ciri watak tersebut. Beliau meninjau-ninjau di sekitar kawasan pengambaran dan akhirnya menemui Jimmy Lor. Beliau dilihat bersesuaian dan pernah bekerjasama dengan Faizal Hussein. Jimmy Lor merupakan seorang jurulatih seni mmpertahankan diri.

Zahiril Adzim dan Amerul ketika sesi pengambaran

Bagi menampakan susuk ubuh peninju tomoi, Zahiril Adzim selaku watak Adil, terpaksa meluangkan masa menjalani latihan tomoi pada bulan puasa. Beliau merasakan cabaran ketika membawakan watak ini. Beliau turut menyatakan bahawa setiap pelakon yang menjayakan adegan pergaduhan dimita melakukan pergaduahn secara betul. Namun, kecederaan yang dialami tidak membimbangkan.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pasukan produksi mengenalpasti empat lokasi untuk file mini, jika salah satu lokasi menghadapi masalah cuaca. Bahagian paya bakau diambil di sekitar Terengganu, dengan menggunakan daya kreatif Dain sendiri, bagi menampakan paya bakau sempadan Kelantan-Thailand.

Perjalanan produksi diburukkan dengan musim tengkujuh, menyebabkan pengambaran tergendala selama tiga hari. Kadang-kala, cuaca panas terik di paya bakau memberi cabaran buat pasukan produksi. Bagi adegan terakhir, dimana pertandingan tinju tomoi diadakan, mereka terpaksa melakukan dengan cepat kerana keadaan hujan yang tidak mengizinkan. Pengambaran dilakukan pada waktu malam.

Bagi sinematografi pula, Dain menggunakan khidmat Tong, selaku sinematograf dari Thailand. Beliau yang sudah lama mengharungi kesusahan pengambaran, tidak gentar dengan cuaca. Beliau sudah memudahkan kerja Dain dalam memastikan pengambaran berjalan lancar.

Masalah haiwan liar di kawasan pengambaran turut dialami oleh pelakon-pelakon filem ini. Ketika melakukan adegan di sungai, mereka diberitahu ada buaya di kawasan terebut. Namun, Dain menafikan. Beliau ingin memberitahu bahawa buaya telah lama pupus akibat pemburuan besar-besaran di kawasan tersebut. Apa yang lebih merisaukan ialah haiwan liar yang hidup di kawasan paya bakau itu. Beliau sudah melihat kawasan itu terlebih dahulu. Maka, beliau mengambil langkah keselamatan dengan menempatkan pasukan perubatan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan menyuruh setiap krew memekik skuat hati apabila berlaku kecederaan. Selain itu, krew-krew membaca doa sebelum memulakan kerja-kerja pengambaran.

Penyuntingan[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja penyuntingan dilakukan sebaik siab setiap babak. Bagi Dain, beliau menginginkan keadaan sebenar dan membuatkan penonton menghayati penceritaan dan alam semulajadi dalam filemnya.

Selain itu, kerja-kerja mengemaskini sistem bunyi dilakukan oleh pengarah sendiri. Bagi beliau, bunyi akan memberi makna kepada sesebuah cerita. Namun, beliau cuba mengimbangi supaya bunti tidak melebihi visual filem ini. Beliau turut meminta bantuan composer Tan Yan Wei (atau Yuan), bagi memberikan muzik yang tidak terlalu menjuruskan kepada muzik etnik. Namun, Yuan tidak sempat melihat hasil penuh file mini, kerana beliau meninggal dunia tidak lama setelah filem ini selesai.

Gangguan[sunting | sunting sumber]

Filem ini turut memberikan seribu kisah misteri semasa pengambaran dilakukan. Krew dan pelakon menyatakan baha mereka diganggu oleh makhluk ghaib yang berada di kawasan tersebut[3].

Maklum Balas[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat pujian dikalangan pemerhati, peminat dan pengkritik filem. Gambaran visual yang dipersembahkan berjaya menarik penonton menyelami gelora perhubungan antara keluarga yang terpisah. Lakonan yang diberikan oleh setiap pelakon dalam filem ini dilihat berjaya membawa watak masing. Antara yang dipuji, lakonan aktor hebat Faizal Hussein yang membawa watak pembunuh upahan bernama Ilham. Penghayatan watak yang dibawa berjaya menarik minat penonton dalam memahami kesulitan yang dihadapi beliau[4].

Filem ini mendapat Anugerah NETPAC pada Festival Filem Taipei Golden Horse.[5]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Majlis Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Akademi ke-85[6] Filem Bahasa Asing Terbaik Dain Said Tidak Tercalon
Anugerah Skrin Asia Pasifik 2012[7] Sinematogrfi Terbaik Charin Pengpanich Dicalonkan
Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 Filem Terbaik (Drama) Apparat Sdn. Bhd Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dain Said Dicalonkan
Fotografi Filem Terbaik Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Dain Said[8] Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-55[9] Filem Terbaik Apparat Sdn. Bhd Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dain Said Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-25 Filem Terbaik Apparat Sdn. Bhd Menang
Pengarah Terbaik Dain Said Menang
Lakon Layar Terbaik Dain Said Menang
Cerita Asal Terbaik Dain Said Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Faizal Hussein Menang
Pekin Ibrahim Dicalonkan
Zahiril Adzim Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Husyairi Hussain Dicalonkan
Amerul Affendi Dicalonkan
Skor Muzik Asal Terbaik Tan Yan Wei Menang
Penataan Bunyi Terbaik Raja Ahmad Shahidaly/Imaginex Studios Menang
Penataan Seni Terbaik Dain Said Menang
Anugerah Skrin 2012[10] [11] Filem Terbaik Apparat Sdn. Bhd Menang
Lakon Layar Terbaik Dain Said Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Faizal Hussein Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dain Said Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012[12] [13] Pengarah Terbaik Dain Said Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Faizal Hussein Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Wan Hanafi Su Dicalonkan
Pekin Ibrahim Dicalonkan
Hushairy Hussein Menang
Lakon Layar Terbaik Dain Said Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]