Burger Ramly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ramly Food Processing Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahFrancais Makanan
IndustriMakanan
Ditubuhkan1979; 45 tahun yang lalu (1979)
PengasasDato Ramly Mokni Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatSME Industrial Park, Mukim Batu, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingDato' Dr. Haji Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan
KeluaranMakanan sejuk beku (Burger, Sosej, Nuget dll.), Makanan segera
Tapak webwww.ramly.com.my Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ramly Food Processing Sdn Bhd, menjalankan perniagaan sebagai Burger Ramly (بورݢر راملي) merupakan syarikat makanan Malaysia milik Ramly bin Mokni (راملي بين موکني) yang telah menjadi salah satu gerai makanan segera paling popular di Malaysia. Produk Burger Ramly lebih mudah didapati pada gerai makanan di tepi jalan atau di beberapa kedai makan. Sehingga 2023, francais ini telah menyebar di pelbagai negara serantau Asia Tenggara dan Asia Selatan. Di Indonesia, Burger Ramly menjadi jenama hamburger kegemaran di beberapa bandar di Pulau Sumatera seperti: Batam, Dumai, Pekanbaru dan Rokan Hulu.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

داهولو کاتا وراع، تاک ادا ملايو ماکان هامبورݢر (Dahulu kata orang, tak ada Melayu makan hamburger)

— توان داتوک حاج راملي بين موکني (Tuan Datuk Haji Ramly bin Mokni)

Niaga Bermula[sunting | sunting sumber]

Datuk Haji Ramly (داتوک حاج راملي) menyertai salah seorang abangnya berhijrah dari Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak ke Sekinchan, Selangor. Beliau mempunyai impian ingin menjadi seorang doktor tetapi sesampainya di bandar, beliau terpaksa mengubur dalam-dalam impiannya sejak kecil itu, orang tuanya tidak memiliki kemampuan ekonomi bagi membantunya registrasi ke fakulti. Sebelum memulakan perniagaannya, beliau bekerja sebagai pemotong daging di Kuala Lumpur. Beliau bekerja di tempat pemprosan daging sampai menikah dengan Puan Haji Datin Shala Siah binti Abdul Manap (ڤوان حاج داتين شالا سياه بينتي عبد مناڤ), tidak lama kemudian pasangan itu pun memilih bersara dari pekerjaan lama dan pindah ke sebuah flat di Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.

Beliau memulakan kerjaya perniagaannya dengan membuka sebuah gerai kecil hamburger, salah satu dari masakan jerman di sekitar rumahnya dengan modal awal sekitar RM2,000. Keputusannya berniaga kulinari apalagi masakan yang kurang lazim di lidah orang Melayu pada masa itu bukanlah tanpa sebab. Pada tahun 1978, negara Malaysia sedang kecoh dengan isu halal haram berkenaan bahan dan minyak masak daripada patty burger yang diproses bagi kebanyakan pasar raya. Sebahagian daripada pasar-pasar itu milik orang bukan Islam yang syubhah statusnya[perlu rujukan].

Burger Ramly ditubuhkan pada tahun 1979 sebagai francais jenama yang rasmi; mereka bercita-cita ingin menyebarkan produk mereka yang halal, bersih dan bermutu.[2] Pada tahun awal stan itu menjadi francais, Burger Ramly sudah mampu menghasilkan 200 patty dan roti dalam satu hari tanpa sebarang mesin atau alat pemprosesan khusus. Dalam pembuatan patty dan roti burger, beliau hanya dibantu oleh isteri dan beberapa pekerja.

Pembinaan Kilang Pertama[sunting | sunting sumber]

Cabaran terbesar francais ini pada tahun-tahun awal penubuhannya ialah ketika Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa bank menolak permohonan pinjaman daripada Burger Ramly. Mereka tidak yakin bahawa produk yang diniagakan akan untung, apalagi makanan hamburger sudah mendapat prestij yang buruk terutama di mata etnik Melayu selepas peristiwa 1978.

Burger Ramly tidak menyerah dan menukar produk mereka dengan produk lain, tetapi menaikkan angka produksi patty dan roti hamburger menjadi 2,000 sehingga 3,000 dalam sehari. Francais ini membuka stan-stan baharu di Kampung Baru, Chow Kit, sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Bank Pembangunan Malaysia (BPM) ialah pelabur pertama yang sadar dengan potensi francais ini dan terpana akan kegigihan dan semangat bekerja Dato Ramly.

BPM menawarkan perkongsian pada jenama francais itu dan kemudian mengiktirafkan anugerah Projek Terbaik pada tahun 1982. Selepas pengiktirafan mereka yang pertama, HSBC Bank Malaysia Berhad menawarkan perkongsian niaga pada mereka dan Burger Ramly semakin besar dan popular di masyarakat awam terutama Kuala Lumpur dan wilayah sekitar. Syarikat perlu cara-cara produksi yang lebih besar dan terorganisasi dengan lebih baik, Francais inipun membuka kilangnya yang pertama di Bandar Tun Razak yang mampu menghasilkan 10,000 roti dan patty dalam sehari pada tahun 1984 sederum pemberian anugerah kedua oleh BPM yakni Pembangunan Pelanggan.

Perluasan ke bawah Negara[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini Burger Ramly telah mempunyai ratusan pekerja, beberapa kakitangan yang setia dan produksi yang semakin luas. Kedai makan dan stan Burger Ramly mula menyebar ke bandar-bandar besar seperti Selangor dan Ipoh. Pada masa ini juga muncul penentang dari jenama hamburger baharu dengan sokongan pelabur yang lebih besar, McDonald's yang membuka gerai pertama di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sehingga kini, jenama itu masih menjadi pesaing terberat Burger Ramly.

Burger Ramly mula mengasas menu baharu yang kemudian akan menjadi salah satu produk paling khas mereka, frankfurter yang merupakan sosej khas Austria. Francais itu juga mengasas beberapa produk makanan beku lain seperti nuget ayam, ayam goreng dan makanan laut. Pada tahun 1992, kongsi niaga lama mereka BPM menganugerahi Usahawan Jaya bagi Burger Ramly.

Syarikat ini kemudian membina kilang baharu pemprosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Francais ini mula merantingkan syarikatnya, syarikat utama dikenali sebagai Dato' Haji Ramly Mokni yang nanti akan bertukar nama menjadi Ramly Mokni Holdings Berhad. Ranting syarikat, Ramly Food Processing Sdn. Bhd., berkhidmat mengawasi pemprosesan makanan terutama makanan yang dibuat daripada daging. Ramly Marketing Sdn. Bhd., mempunyai tanggungjawab dalam pemasaran. Ramly Supermart Sdn. Bhd., menaungi rantaian kedai serbaneka yang menjual produk ramly dan Ramly Mokni Bakery Sdn. Bhd., sebagai ranting yang menghasilkan roti bagi francais. Pada masa ini bilangan pekerja mereka hampir mencapai 1,000 orang.

Pasaran Asia Tenggara dan Asia Selatan[sunting | sunting sumber]

Cabaran di Singapura[sunting | sunting sumber]

تيداک ڤيرناه تى رباياعکان، سى ماجا ميرى کا سوداه مى عاساس ڤيلباݢاي ايتم ماکانان دى عان بومبوءبومبو خاس اسيا باݢي کى ڤى ريساان اوراع اسيا (Tidak pernah terbayangkan, semaja mereka sudah mengasas pelbagai item makanan dengan bumbu-bumbu khas Asia bagi keperisaan orang Asia)

— توان ۏيۏى ک، کيتوا ڤى عيروسي دان ڤى عيلوار هاصى ناه سيعاڤورا (Tuan Vivek, Ketua Pengerusi dan Pengeluar Hassenah Singapura)

Selepas mengukuhkan diri sebagai sebuah syarikat besar di Malaysia, Francais Ramly mula mencuba meluaskan pasaran produknya ke negera jiran pada akhir dekad 1990an sehingga awal milenia baharu. Produk-produk Ramly sempat tular dan menjadi salah satu daripada francais makanan segera yang disenangi oleh rakyat negara itu, tetapi pada awal dekad 2010an, francais ini mendapat gegaran hebat di dalam negara dan di luar negara yang menjejaskan jenamanya.

Jenis gerai atau stan Burger Ramly yang berkedudukan di Singapura

Salah satu timbalan Singapura bernama Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) dibawah naungan Kementerian Pembangunan Negara, mensyaki dalam penelitian mereka bahawa patty lembu maupun ayam dan semua item makanan Burger Ramly, dapat merosakkan kesihatan. Atas sebab ini Republik Singapura secara rasmi menegahkan segala produk Burger Ramly dan barangsiapa yang tertangkap secara selinap memasukkan produk dari francais itu maka akan dihukum penjara selama beberapa tahun.

Meski pemerintah negara itu telah menjangankan produk Ramly, tetapi sehingga kini francais itu masih tetap popular. Perkara ini terbukti dengan ramainya produk tiruan dari jenama hamburger.

Persaingan dengan jenama hamburger tempatan Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Produk berjenama Ramly kini meluas ke beberapa negara Asia Tenggara seperti Brunei, Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara itu jenama ini cukup popular dan menghadapi persaingan hebat dengan pelbagai francais hamburger tempatan lain seperti di Indonesia bersaing dengan syarikat tempatan dari Jakarta, Burger Bangor yang dibina oleh Denny Sumargo.

Meskipun begitu, Francais Ramly terbukti telah mampu berjaya memasarkan produknya ke salah satu negara Asia Selatan, Bangladesh. Mereka mempunyai rancangan ingin meluaskan pasaran sehingga ke Asia Timur dan selepasnya meluaskan pasaran ke seluruh Benua Asia. Hasrat dan misi francais ini ialah menjadi jenama hamburger Malaysia bertaraf antarabangsa.[3]

Aksi Boikot Israel 2023[sunting | sunting sumber]

Selepas berlaku Perang Taufan Al-Aqsa bagi mempertahankan kemerdekaan dan marwah Palestin, ramai sokongan daripada pelbagai kelas ekonomi-sosial bagi negara itu. Rayuan mengaoki bagi memboikot produk-produk Israel dan negara barat penyokong zionis tular ketika pimpinan pusat McDonald's, Starbucks, dan Burger King mendermakan penghasilan syarikat mereka dengan percuma kepada pemerintah Israel. Keputusan itu selama beberapa hari menjadi tajuk panas di media akhbar antarabangsa dan perbincangan di internet.

Pengedaran[sunting | sunting sumber]

Lebih daripada 120 orang pelabur meregistrasi sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk Ramly. Kesemua pelabur ini berada di bawah naungan pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribu pejabat di kawasan Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan, bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk yang dijamin kualiti dan kesegarannya. Kenderaan semisal kontena sejuk beku pun digunakan.[4][5]

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati di pasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad dan ia beroperasi 24 jam. Pembukaan anak syarikat ini adalah bagi memastikan khidmat kedai runcit dan restoran boleh dilaksanakan antara Ramly dengan penjaja dan orang awam.[6]

Istilah kepada "Burger Ramly" di Malaysia, Singapura dan Brunei telah takrif di antara bahasa basahan orang awam bagi menyebut hamburger yang diberi topping sos worcestershire dan sos-sos Eropah lainnya tanpa harus mengguna patty daripada Burger Ramly.[7] Menurut sebuah pendapat kaji selidik yang mahsyur, setakat 2015 telah ditubuhkan lebih daripada 25,000 gerai dan kedai makan francais ini di Malaysia. Purata penghasilan peniaga sebuah stan ialah RM 5,000 setiap bulan.[8][9]

Kualiti[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly adalah untuk mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya ialah suci (daripada pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat bagi dimakan. Selain itu, makmal ini mempunyai fungsi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembinaan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan-peralatan berteknologi tinggi.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly untuk memastikan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji untuk memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pelaksanaan kepakaran teknologi oleh Ramly adalah untuk memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi cita rasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan daya pengeluaran produk.[10][11]

Produk[sunting | sunting sumber]

Ramly Food Processsing ialah industri yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasil laut berjenama Ramly. Selain daripada hamburger, francais ini juga menjual makanan segera lain seperti: nuget, frankfurter dan drummet. Item-item menu itu ialah di antara yang paling popular.[12]

Hamburger[sunting | sunting sumber]

Menu Burger Ramly Bifstik Istimewa

Hamburger atau daging burger merupakan produk utama syarikat ini.

Tips Memasak[sunting | sunting sumber]

Bagi memasak daging burger khas Ramly tidak begitu sukar, yang diperlukan hanyalah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula, yang diperlukan ialah timun dan kobis. Bagi bahan perisanya, yang biasa digunakan ialah sos Worcestershire (disebut: wo-ches-ter-shair) atau juga dikenali sebagai kicap burger dalam kalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula, yang boleh digunakan ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun barbeku.[13][14]

Frankfurter[sunting | sunting sumber]

Burger Ramly menyebut item sosej mereka dengan sebutan tersendiri yakni frankfurter yang dirujuk daripada bahasa Jerman Austria bagi penyebutan sosej Frankfurter Würstchen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd". Ramly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-01. Dicapai pada 22 March 2016.
  2. ^ Siti Airunnisa Alaui (2 October 2015). "Namanya sinonim dengan burger". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 March 2016.
  3. ^ Aizyzl Azlee (13 January 2016). "Ramly Group eyeing RM2b revenue target with factory opening end-2017". The Malay Mail. Dicapai pada 22 March 2016.
  4. ^ "Ramly signs deal to set up RM274m factory". Bernama. Malaysian Investment Development Authority. 26 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  5. ^ Farhana Joni (26 August 2015). "Kumpulan Ramly melabur RM1 bilion" (dalam bahasa Melayu). Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 March 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Aizyzl Azlee (13 January 2016). "Ramly Group eyeing RM2b revenue target with factory opening end-2017". The Malay Mail. Dicapai pada 22 March 2016.
  7. ^ "I tried Swensen's 'Ramly' burger and it's actually worth the $15.80 price tag". 2021-04-30. Dicapai pada 2022-12-11.
  8. ^ "Peluang perniagaan burger kepada usahawan Bumiputera". YouTube. Astro Awani. 2015-08-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-21. Dicapai pada 2018-07-20.
  9. ^ Sheere Ng (2 July 2012). "Do You Know That Ramly Burgers Are Banned In Singapore?". Yahoo! News. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.
  10. ^ "Chicken Burger and Beef Burger". Ramly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-10. Dicapai pada 22 March 2016.
  11. ^ Tiong Sue Lynn (7 July 2009). "In search of the sloppiest, greasiest and most gratifying burger". The Star. Dicapai pada 31 October 2014.
  12. ^ Editions Didier Millet (2009). Malaysia at Random. Editions Didier Millet. m/s. 82–. ISBN 978-981-4217-95-8.
  13. ^ "Commercial Food Imports". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-01. Dicapai pada 2018-11-01.
  14. ^ Sheere Ng (2 July 2012). "Do You Know That Ramly Burgers Are Banned In Singapore?". Yahoo! News. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2016. Dicapai pada 22 March 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]