Burger King

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 25°46′57.99″N 80°17′14.56″W / 25.7827750°U 80.2873778°B / 25.7827750; -80.2873778

Perbadanan Burger King
frames
-
Jenis syarikat Syarikat persendirian
Perusahaan Restoran
Produk Burger, dengan makanan segera yang lain
Penubuhan 1954 di Miami, Florida
Ibu pejabat Miami, Florida
Orang utama Greg Brenneman, Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif; James McLamore dan David Edgerton, Pengasas
Bilangan pekerja 340,000 (17 Mei 2005)
Hasil tahunan AS$11 bilion (2004)
Laman web rasmi www.bk.com
- -
- -
- -'
-:
-

Perbadanan Burger King (bahasa Inggeris: Burger King Corporation) merupakan sebuah rangkaian makanan segera antarabangsa yang lebih banyak menjual hamburger, kentang jejari dan minuman bergas. Ia juga mengendalikan melebihi 200 buah restoran di Australia dengan nama Hungry Jack's.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama restoran pertama Burger King yang asalnya digelarkan Insta Burger King dibuka pada 4 Disember 1954 di Miami, Florida, Amerika Syarikat oleh James McLamore dan David Edgerton. Kedua-dua mereka merupakan alumni Universiti Cornell Pusat Pengajian Pengurusan Hotel. McLamore pernah mengunjungi gerai hamburger Dick dan Mac McDonald di San Bernardino, California; selepas mengesan bahawa sistem pengeluaran berdasarkan rangkaian pemasangan yang baru ini amat berpotensi, beliau memutuskan untuk mencipta versi sendiri.

Dengan penuh ironi, mesin susu kocak untuk restoran yang pertama dijual oleh Ray Kroc yang kemudian membeli rangkaian restoran McDonald's daripada pengasas dan menyelia pengembangannya di seluruh dunia.

Pada 13 Disember 2002, Burger King dibeli daripada firma minuman British, Diageo, dengan harga sebanyak AS$1.5 bilion oleh sekumpulan pelabur yang diketuai oleh firma pelaburan Texas Pacific.

Syarikat Magic Johnson, iaitu Magic Johnson Enterprises, membeli 30 buah saluran keluar Burger King pada 7 Jun, 2004. Walaupun saluran keluarnya akan menonjolkan koleksi memorablia sukan, nama Burger King akan dikekalkan. Saluran-saluran keluar tersebut dibuka semula pada 3 Disember 2004.[1]

Restoran Burger King di Redwood City, California
Burger King headquarters
Burger King, Seoul, Korea Selatan
Burger King, Mississauga, Ontario, Kanada

Burger King menjual produk-produk Pepsi-Cola di dalam restorannya untuk satu tempoh masa yang singkat pada 1980-an.[2] Kini, mereka telah mengembalikan produk-produk Coca-Cola selepas perjanjiannya dengan Pepsi telah tamat. Mereka baru-baru ini membuat perjanjian dengan PepsiCo untuk menjual Aquafina air mineral botol.

Kedudukan terkini[sunting | sunting sumber]

Dari segi sejarah, Burger King merupakan rangkaian burger yang kedua terbesar di Amerika Utara, selepas McDonald's. Bagaimanapun, hasil dan bahagian pasaran Burger King telah merosot sejak awal 2000-an, dan pengunjuran terkini menunjukkan bahawa ia akan mengambil tempat ketiga, iaitu selepas Wendy's, dalam bahagian pasaran hamburger di Amerika Syarikat tidak lama lagi. Untuk memulihkan prestasi rangkaian itu, Burger King telah menutupkan saluran-saluran keluar yang tidak memperoleh keuntungan yang munasabah serta menggantikan strategi pemasarannya.

Pada masa ini, Burger King mempunyai 11,220 saluran keluar di dalam 61 negara dan wilayah di seluruh dunia. Bagaimanapun, 75% daripada saluran keluarnya terletak di Amerika Syarikat. Restoran Burger King yang terbesar, dengan tempat duduk, terletaknya di Fort Lewis, Washington.

Pada tahun tahun fiskal 2002, jumlah jualannya ialah AS$11.3 bilion. Burger King merupakan pengiklan yang ke-62 terbesar di Amerika Syarikat dengan pembelanjaan sebanyak AS$525 juta pada tahun 2003. Ia menggajikan 340,000 orang pekerja dan menjual sebanyak 2.4 bilion hamburger setahun. Jika diletak sebelah-menyebelah, bilangan sandwic WHOPPER® sahaja yang dijual setahun akan mengelilingi bumi lima kali ganda.

Pada puratanya, restoran Burger King menghidangkan lebih kurang 1,040 orang pelanggan sehari bagi setiap restoran, ataupun 11.4 juta orang pelanggan sehari pada jumlahnya. Hampir 58% daripada jualannya terdiri daripada jualan pandu lalu, dan 20% daripada jualan untuk makan di luar restoran.

Ketua Pegawai Eksekutif Burger King yang terkini ialah Greg Brenneman. Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Brad Blum pada 1 Ogos 2004.

Pada 1 Februari 2006, syarikat induk Burger King mengumumkan rancangannya untuk menjadikan Burger King sebagai sebuah syarikat awam tersenarai melalui Tawaran Awam Permulaan. Tindakan itu merupakan salah satu langkah untuk membiayai kerugian yang disebabkan oleh pesaingan yang amat hebat antara pertubuhan makanan segera yang lain.

Menu[sunting | sunting sumber]

Hamburger "Whopper" merupakan produk utama untuk Burger King yang juga menghidangkan "Burger Angus" yang lebih besar, dan dikatakan "burger yang lebih baik".

Salah satu hidangan yang popular ialah ayam "Chicken tenders" yang merupakan ketulan ayam berbentuk panjang dan halus yang disalut dengan serbuk roti dan sedikit lada. Bagaimanapun, Burger King kekadang menghidangkan ayam ini dalam bentuk bintang dan cahaya kilat untuk menarik kanak-kanak. Terdapatnya jenis 4-ketul dan 8-ketul. "Chicken tenders" diperkenalkan bersama-sama dengan Sandwic Ayam Asli yang digelarkan "Croissan'wich" pada tahun 1985 dalam suatu semakan dan pengembangan menu.

Whopper Combo dengan kentang jejari dan minuman

Pada tahun 1999 di Amerika Syarikat, Burger King bermula penawaran pilihan daging vegetarian yang digelarkan "BK Veggie". Kemudian, pada akhir tahun 2004, Burger King menjalankan perkongsian dengan Morningstar Farms untuk menawarkan pai vegetarian yang berdasarkan kacang soya.

"Hidangan Kanak-kanak" ("Kids Meal") telah disediakan untuk bersaing dengan "Hidangan Bahagia" ("Happy Meal") yang popular dari McDonald's serta "Hidangan Kanak-kanak Wendy's" dari Wendy's. Tiga pilihan makanan merupakan asas "Hidangan Kanak-kanak", iaitu ayam "Chicken tenders" 4-ketul, "Hamburger", serta "Burger Keji". Versi pra-remaja yang digelarkan "Hidangan Kanak-kanak Besar" diperkenalkan pada tahun 1999, terdiri daripada pilihan "Chicken tenders" 6-ketul, "Hamburger Berganda", serta "Burger Keji Berganda". Tambahan pula, untuk hidangan kanak-kanak, pelanggan boleh menggantikan kentang jejari dengan sos epal, ataupun minuman bergas dengan minuman yang lain. Mainan kanak-kanak bertatih jenama Little Tikes juga disediakan jika diminta, sebagai gantian untuk mainan yang biasa.

"Kentang jejari Ayam" yang merupakan kentang jejari yang disalut dengan serbuk roti diperkenalkan pada tahun 2005 untuk tempoh yang terhad, tetapi disebabak kepopularannya, dengan pantas menjadi suatu hidanganyang tetap.

"King Besar" ("Big King") merupakan gerak balas Burger King kepada "Mac Besar" ("Big Mac") McDonald's, dan mempunyai gaya dan rasa yang serupa. Produk ini telah ditamatkan dan digantikan dengan dan "Burger Keji Agung" ("Supreme Cheeseburger"). Bagaimanapun, produk itu gagal juga dan telah ditamatkan.

Logo Burger King yang lama

[sunting | sunting sumber]

Logo roti ban setengah yang termasyhur diperkenalkan pada tahun 1969 dan digunakan sehingga 1998. Kebanyakan restoran Burger King tidak memperoleh papan tanda dengan logo baru itu sehingga 2001. Logo yang baru itu menonjolkan nama BURGER KING berwarna merah di dalam dua garis yang mengapit dua keping roti ban setengah yang berwarna kuning. Oleh itu, logo ini telah diberikan nama samaran logo 'Ban Setengah'.

Logo ban setengah Burger King merupakan Lengkung Emas McDonald's. Logo Burger King yang terkini mempunyai dua keping ban setengah dan nama yang senget pada paksi dengan pusaran biru membalutinya. Ia juga lebih bulat.

Pengiklanan[sunting | sunting sumber]

Pada akhir dekad 1970-an dan awal dekad 1980-an, Burger King menggunakan maskot yang mempunyai nama yang sama untuk mengiklankan makanannya. Maskot "Burger King" ialah seorang Maharaja berjanggut yang memerintah "Kemaharajaan Burger King". Watak-watak yang lain termasuk:

  • "Duke of Doubt" (terjemahan: Duke Keraguan) yang merupakan Pemusuh Agungnya;
  • "Burger Thing" (terjemahan: Benda Burger) merupakan boneka burger yang besar;
  • "Sir Shakes-A-Lot" (terjemahan: Sir Banyak Mengoncang) yang merupakan kesatria yang teringin sangat hendak minum susu kocak Burger King; dan
  • "Wizard of Fries" (terjemahan: Lelaki Sihir Kentang Jejari) yang merupakan robot yang dikuasai oleh kentang jejari.

Dekad 1990-an memperlihatkan Burger King menujukan pengiklanannya kepada pelanggan yang lebih muda dengan "Kelab Kanak-kanak Burger King" yang menonjolkan maskot kartun, Kid Vid yang terjelma dekad yang dihantui oleh ruang siber, serta Wheels, seorang kanak-kanak yang menghidapi kuadriplegia dan terikat kepada kerusi roda.

Pada awal 1990-an, Burger King mengiklankan "Bakul Makan Malam BK" dan khidmat meja melalui pendekatan gaya MTV dengan nama "BK Tee Vee" ataupun "BKTV". Bakul-bakul Makan Malam merangkumi "Bakul Makan Malam Whopper", "Bakul Makan Malam Sandwic Stik", "Bakul Makan Malam Ayam Goreng", dan "Bakul Makan Malam Udang". Makanan sampingan termasuk salad, salad kubis, kentang jejari, kentang bakar ataupun bertih jagung. Mereka menghentikan konsep restoran bertempat duduk untuk mengamalkan konsep perkhidmatan segera yang asal. Cogan kata untuk kempen pengiklanan ialah "BK TEE-VEE... Aku Cintai Tempat Ini!" dan "Cara Anda Dengan Segera".

"Maharaja Burger" (maskot Burger King) dikembalikan pada akhir 2004 untuk mempromosikan sandwic sarapan pagi untuk rangkaian Burger King. Watak itu kemudian diiklankan sebagai sebahagian promosi rangkaian itu untuk filem Star Wars Episode III: Revenge of the Sith (terjemahan: Stars Wars Episod III: Balas Dendam Sith). Iklan-iklan yang terkini menonjolkan Maharaja Burger dalam beberapa permainan Liga Bola Sepak Nasional (menggunakan bahagian filem yang diarkib oleh "NFL Films"). Ia merupakan promosi silang dengan NFL dan DirecTV. Dalam promosi in, kod yang disertai dengan pembalut burger "Angus" akan memberi peluang untuk memenangi banyak hadiah, termasuknya pakej Tiket Hari Ahad yang percuma. NFL.

Dalam lagi satu iklan, seorang lelaki terbangun dan mendapati Maharaja Burger berbaring di sisinya di atas katil dan menandakan tema homoerotik secara tidak ketara untuk kempen baru itu [3]. Lagi satu siri iklan yang ditayangkan semasa Superbowl XL menonjolkan Maharaja mengorkestrakan pertunjukan "Whopperettes" — wanita yang berpakaian perasa dan hias atas burger.

Kemunculan Maharaja yang unik mungkin telah mewujudkan fenomena internet yang menggambarkannya sebagai watak yang menggerunkan ataupun jahat, seperti dalam laman web ytmnd. Watak itu biasanya menyerang maskot-maskot makanan segera yang lain ataupun menggantikan raksasa dalam filem seram, diiringi dengan ungkapan "Manakah dewa kau sekarang?"

"Ayam yang Menurut Perintah" ("The Subservient Chicken") merupakan promosi "pemasaran virus" ("viral marketing") oleh agensi pemasaran ("viral marketing") "Crispin Porter dan Bogusky". Ia menonjolkan seorang dalam kostum ayam yang membuat apa sahaja yang diminta.

"Dr. Angus" merupakan lagi satu ciptaan Crispin Porter dan Bogusky yang dilancarkan pada tahun 2004. Seorang "doktor" menolong-diri yang mempunyai gigi putih serta kilat dan memakai topi yang dikanji, dia mempelawakan pelanggan "berduduk" dan menikmati burger Angus besar BK. Pada tahun 2006, personaliti tersenyumnya dipergunakan untuk mengiklankan Angus Bakon Berkeji BK dan sandwic "Tendercrisp".

Kemudian pada tahun 2004, Burger King memperkenalkan "Tendercrisp Bacon Cheddar Ranch". Sandwic itu dipromosikan melalui kempen pengiklanan di seluruh negara dan menonjolkan artis perakaman, Darius Rucker (dari "Hootie and the Blowfish") yang menyanyi dendang lagu "Big Rock Candy Mountain."

Pada musim panas 2005, Burger King memperkenalkan Jejari Ayam ("Chicken Fries") dalam menunya. Kempen pengiklanan iut menonjolkan pancaragam metal Coq Roq yang memakai topeng ayam yang mempersendakan gaya topeng yang diguna oleh pancaragam nu metal, Slipknot. Laman webnya menonjolkan video muzik, nada dering untuk telefon bimbit yang boleh dimuat turun, serta gerai yang menjual berbagai-bagai dagangan pancaragam.

Semasa pengenalan hidangan kanak-kanak untuk berbetulan dengan pertayangan filem "The SpongeBob SquarePants Movie" pada September 2004, pengusik-pengusik berulang kali mencuri iklan-iklan boleh kembung dari atas bumbung restoran-restorannya serta mendesak Pai Krabby ("Krabby Patties") melalui nota tebusan kepada pekerja-pekerja Burger King. Promosi serupa dilancarkan berbetulan dengan filem "Star Wars Episod III: Balas Dendam Sith" dengan Darth Vader boleh kembung, dan filem "Shrek 2" dengan Shrek boleh kembung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Maklumat produk[sunting | sunting sumber]

Maklumat syarikat[sunting | sunting sumber]