Burhanuddin al-Helmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burhanuddin Helmi)

Burhanuddin al-Helmi

S.P.M.P (Perak)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Besut
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMohd Daud Abdul Samad
Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1956–1969
Didahului olehAbbas Alias
Digantikan olehMohd Asri Muda
Yang Dipertua Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Dalam jawatan
1946–1947
Didahului olehMokhtaruddin Lasso
Digantikan olehIshak Haji Muhammad
Butiran peribadi
Lahir29 Ogos 1911
Kota Bharu, Gopeng
 Perak Darul Ridzuan
Meninggal dunia25 Oktober 1969(1969-10-25) (umur 58)
Taiping, Perak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (1956-1969)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945-1948)
PasanganDatin Seri Suri Yahya
IbuSharifah Zaharah Habib Osman
BapaUngku Haji Muhammad Nor

Dato Seri Dr. Burhanuddin bin Ungku Haji Muhammad Nor (lahir 29 Ogos 1911, Kota Bharu - meninggal 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia)[1] merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman.[2] Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat yang merantau ke Tanah Melayu pada tahun 1908, sedangkan ibunya berasal dari Melaka. Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[3] Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin al-Helmi kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.

Semasa di India atau selepas kembali daripada India, Dr. Burhanuddin juga telah belajar homeopati. Beliau juga didapati pernah membuka klinik homeopati bersama Dr. S.A.Rajah di Singapura. [4]

Aktiviti selepas perang[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[3][5]

Homeopati[sunting | sunting sumber]

Selain aktif dalam politik, Dr. Burhanuddin juga mempunyai kelulusan homeopati daripada Ismaeliah Medical college, New Delhi pada 1934. Apabila kembali ke Malaysia, beliau membuka sebuah klinik homoepati di Singapura bersama Dr. Rajah. Beliau juga dikatakan bertanggungjawab melatih dua belas orang pengikut setia yang kemudiannya membantu mengembangkan homeopati di Malaysia.[6] Kemudiannya para pelajar dan pengikut homeopati kemudiannya bersepakat menubuhkan sebuah persatuan homeopati yang dinamakan Persatuan Homeopathy Malaya yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 1961. Presiden pertamanya ialah Dr. Burhanuddin sendiri. Beliau terus memimpin persatuan ini sehingga beliau meninggal dunia pada 25 Oktober 1969. [7][perlu rujukan]

Pemergian Dr. Burhanuddin dianggap satu kehilangan besar bagi masyarakat homeopati di Malaysia. Selain sebagai guru homeopati dan pengasas persatuan homeopati di Malaysia, beliau dikatakan telah meninggalkan hasil karya sebagai bahan pengajaran dan rujukan pelajar-pelajar homeopati di Malaysia, iaitu (1) Falsafah Perubatan Homeopati, (2) Materia Medika Homeopati dan (3) Biochemistry Homeopati. [8]

Presiden PAS[sunting | sunting sumber]

Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,[3] hingga kematiannya pada tahun 1969.[9] Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.[10] Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".[11] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[3][12]

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Dr. Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Tahun Peristiwa Catatan
1911
  • Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.
  • Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908
  • Sharifah Zaharah berasal dari Melaka
1926
  • Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera
  • Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah
  • Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin
  • Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'
1927
  • Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang
1934
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.
1942-1945
  • Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun
1950
  • Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura
1956
  • Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias
1959
  • Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959
1964-1966
  • Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia
  • Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda
  • Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.
25 Oktober 1969
  • Meninggal dunia akibat penyakit lelah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perkuburan beliau.
  2. ^ Sejarah Sekolah: Biodata Profesor Doktor Burhanuddin Al-Helmy, laman web SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak Darul Ridzuan, capaian 2012-04-12.
  3. ^ a b c d Leifer, Michael (2001). Dictionary of the modern politics of South-East Asia (ed. 3rd). Taylor & Francis. m/s. 79. ISBN 0415238757.
  4. ^ Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy - Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003
  5. ^ Federspiel, Howard M. (2007). Sultans, shamans, and saints: Islam and Muslims in Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 177. ISBN 0824830520.
  6. ^ http://www.homeoint.org/photo/a/alhelmy.htm
  7. ^ 2. Mohamed Hatta Abu Bakar. 1997. Perubatan Homoeopati. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.
  8. ^ Mohamed Hatta Abu Bakar. 2004. “Dr. Burhanuddin: Tokoh Homeopati Unggul” dalam Esei-esei Milenium Baru. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.
  9. ^ "That complex entity called Pas". Aliran Monthly. 14 November 2009. Dicapai pada 22 June 2010.
  10. ^ Farish Noor (11 April 2008). "On the road to change?". Daily Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-13. Dicapai pada 22 June 2010.
  11. ^ Matheson Hooker, Virginia; Norani Othman (2003). Malaysia: Islam, society and politics. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 222. ISBN 9812301615.
  12. ^ ""Opposition Plan for Rebellion"". The Age. Fairfax Media. 1 March 1965. Dicapai pada 22 June 2010.
  13. ^ "Sultan Perak to honour DPM, Kevin Morais, 37 others". New Straits Times. 27 November 2015. Dicapai pada 2 April 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  • Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy - Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Yang Dipertua Agung/Presiden PAS
25 Disember 195610 Oktober 1969
Penyandang Kemudian
Dato' Dr Haji Abbas Alias Tan Sri Dato' Mohd Asri bin Haji Muda