Burhanuddin Rabbani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burhanuddin Rabbani
برهان الدين رباني
Presiden Afghanistan
Dalam jawatan
13 November 2001 – 22 Disember 2001
Perdana MenteriAbdul Ghafoor Rawan Farhadi
Didahului olehMohammed Omar (Ketua Majlis Tertinggi Afghanistan)
Digantikan olehHamid Karzai
Dalam jawatan
28 Jun 1992 – 27 September 1996
Perdana MenteriAbdul Sabur Farid
Gulbuddin Hekmatyar
Arsala Rahmani
Ahmad Shah Ahmadzai
Gulbuddin Hekmatyar
Didahului olehSibghatullah Mojaddedi
Digantikan olehMohammed Omar (Ketua Majlis Tertinggi Afghanistan)
Presiden Barisan Islam Bersatu untuk Pembebasan Afghanistan
Dalam jawatan
27 September 1996 – 13 November 2001
Perdana MenteriGulbuddin Hekmatyar
Abdul Rahim Ghafoorzai
Abdul Ghafoor Rawan Farhadi
Didahului olehPertama kali
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Butiran peribadi
Lahir1940
Badakhshan, Afghanistan
Meninggal dunia20 September 2011
Kabul, dibunuh oleh Esmatullah, Taliban.
Parti politikJamiat-e Islami
Barisan Kebangsaan Bersatu

Prof. Burhanuddin Rabbani (Parsi: برهان الدين رباني - Burhânuddîn Rabbânî; dilahirkan pada 1940 di Badakhshan) adalah Presiden Afghanistan (1992-1996) dan sekali lagi pada 2001. Pada 20 September 2011, beliau dibunuh oleh Esmatullah, pengebom berani yang masuk ke rumahnya di Kabul.[1]

Beliau merupakan pemimpin Jamiat-e Islami Afghanistan, dan juga pemimpin politik Perikatan Utara (Barisan Islam Bersatu untuk Keselamatan Afghanistan). Rabbani berasal dari suku Tajik.

Pada tahun 1992, beliau menjadi ketua Jamiat-e Islami dan kemudian menjadi Presiden Afghanistan hingga akhirnya dijatuhkan dan dihalau keluar oleh puak Taliban pada tahun 1996. Setelah itu beliau berpindah ke Faizabad yang terletak di bahagian utara, untuk memimpin kelompok anti-Taliban dengan bantuan dan sokongan kuat dari Iran dan Rusia. Beliau menjadi ketua nominal Pakatan Utara, yang cuba menguasai semula Kabul dan selepas kejatuhan Taliban pada tahun 2001.

Beliau kembali diangkat semula sebagai Presiden oleh PBB setelah jatuhnya Taliban pada 2001. Namun setelah itu pada akhir 2001 beliau telah menyerahkan jawatannya kepada Hamid Karzai. Sekarang beliau merupakan ketua Barisan Kebangsaan Bersatu yang merupakan pembangkang politik terbesar terhadap kerajaan Hamid Karzai.

Perunding damai dengan Taliban[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, beliau dilantik oleh Presiden Hamid Karzai menjadi Ketua Majlis Perdamaian Tertinggi antara kerajaan Afghanista degan Taliban.


Mati dibunuh[sunting | sunting sumber]

Pada 20 September 2011, Burhannuddin maut dalam serangan berani mati di rumahnya di Kabul. Ketika itu beliau sedang berunding dengan delegasi Taliban - membawa surat penting daripada Taliban.Dia menunggu beberapa hari di Kabul semata-mata mahu berjumpa dengan Prof Burhannuddin sahaja. Sebelum itu Burhannuddin baru pulang dari Iran . Burhanuddin berasal puak Tajik di wilayah Badakhshan utara Afghanistan dan selalu bertentang dengan puak Pashtun - etnik terbesar di Afghanistan.[2]

Dua anggota Taliban mendekati beliau dan berjabat tangan serta menundukkan kepala dan serban itu meletup. Salah seorang dari mereka menyorokkan bahan letupan di dalam serbannya, jelas Hasmat Stanikzai , pegawai polis Kabul.[3] Timbalan dan Menteriya iaitu Masoom Stanekzai dan tiga yang lain cedera. Wakil Taliban itu sangat dipercayai.

Beberapa pihak menyalahkan rangkaian Haqqani beribu pelabat di Pakistan. Amerika menyalahkan Haqqanis berikutan serangan di Kedutaan Amerika Syarikat di Kabul pada bulan ini.

Jenazah dikebumikan di Kabul di puncak bukit Wazir Akbar Khan , dihadiri ribuan penyokongnya.Jamiat Islami Afghanistan setuju jenazah dikebumikan di sana.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Presiden Hamid Karzai sedang berada di New York , dalam perjalanan ke Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Amrullah Saleh, bekas ketua perisikan yang menentang Taliban di bawah Rabbani menyatakan kerajaan gagal menlindungi tokoh-tokoh berprofil tinggi. Hamid Karzai masih bersedih kerana adiknya Ahmed Wali Karzai dibunuh di Kandahar pada 12 Julai 2011. Kemudian penasihat Pres Hamid Harzai, Jan Mohammad Khan turut dibunuh pada 17 Julai 2011.Ghulam Haider Hamidi Datuk Bandar Kandahar dibunuh pada 27 Julai 2011.

Ahmad Wali Masoud, seorang ahli politik yang terkenal dan saudara wira Ahmad Shah Massoud, berkata kematian Rabbani adalah satu malapetaka yang boleh mengubah landskap politik Afghanistan. Saya pasti tidak ada orang lain boleh berdamai dengan Taliban.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengutuk pembunuhan itu dan menekankan komitmen PBB untuk "menyokong Afghanistan" untuk mencari jalan damai dan mencapai keamanan. Kemudian penasihat Presiden Hamid Karzai , Jan Mohammad Khan dibunuh pada bulan yang sama.

John R. Allen szelaku komander NATO International Pasukan Bantuan Keselamatan menyatakan serangan ini adalah bukti Taliban tidak mahu berdamai dengan kerajaan Taliban.

Seluruh penduduk Afghanistan bersedih pada Hari Keamanan Dunia berikutan kematiannya. Konsert penyanyi wanita terkenal Afghanistan, Farhad Darya, telah dibatalkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh:
Sibghatullah Mojadeddi
Presiden Afghanistan
1992-1996
Digantikan oleh:
Mohammed Omar
Ketua Majlis Tertinggi Afghanistan
Didahului oleh:
jabatan baru
Presiden Perikatan Utara
1996-2001
Digantikan oleh:
jawatan dimansuh
Didahului oleh:
Mohammed Omar
Presiden Afghanistan
2001
Digantikan oleh:
Hamid Karzai