Burung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung
Julat zaman: Jurassic Akhir–Kini, 150–0Jtl
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Burung
Subkelas & order

Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-

  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

Kelas burung[sunting | sunting sumber]

Kelas burung (Class:Aves) pula terbahagi kepada beberapa aturan seperti berikut :-

Senarai burung[sunting | sunting sumber]

Antara spesies burung adalah :-

  1. Burung Gembala Kerbau
  2. Burung Ranggung Padi
  3. Burung Bangau Leher Hitam
  4. Burung Bangau Kecil
  5. Burung Bangau Sederhana
  6. Burung Helang Kembara Hitam
  7. Burung Pucung Gelam
  8. Burung Pucung Keladi
  9. Burung Pucung Seriap
  10. Burung Pucung Serandau
  11. Burung Pekaka Sungai
  12. Burung Pekaka Paruh Pendek
  13. Burung Perling Mata Merah
  14. Burung Pergam Besar
  15. Burung Tekukur
  16. burung Botak Besar
  17. burung Botak Upeh
  18. burung Undan Merah Jambu Hitam
  19. burung Pucong Keladi
  20. burung Sekendi Kepala Hitam
  21. burung Angsa Mesir
  22. burung Angsa Hitam
  23. burung Merak Pongsu
  24. burung Cenderawasih
  25. burung Serak Gunung
  26. burung Kuang Cermin
  27. burung Kuang Raya Gunung
  28. burung Kuang Cermin
  29. burung Kuang Raya
  30. burung Merah Mata
  31. burung Merak
  32. burung Pegar
  33. burung Siul
  34. burung Serok
  35. burung Enggang Papan (Buceros rhinoceros)
  36. Burung Hantu punggur (Strix leptogramurica)
  37. Burung Hantu Ketumbuk ketampi (Ketupa ketupu)
  38. Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris)
  39. Burung Hantu Coklat (Phodilus badius)
  40. Burung Hantu Telinga Panjang (Asio otus)
  41. Burung Hantu Telinga Pendek (Asio flammeus)
  42. Pungguk (Ninox scutulata malaccensis)
  43. Burung Madu Sriganti (Nectarinia jugulris)
  44. Burung Lang Alap Jambul (Accipiter trivigartus)
  45. Burung Lang Kanguk
  46. Burung Julang Mas (Aceros)
  47. Burung Bangau
  48. Burung Belatuk
  49. Burung Bangau
  50. Burung Helang
  51. Burung Layang-layang
  52. Burung Murai
  53. Burung Pipit
  54. Burung Unta
  55. Burung Merak
  56. Burung Enggang
  57. Burung Kenari
  58. Burung Undan
  59. Burung Emu
  60. Burung Tiung
  61. Penguin
  62. Burung Puyuh
  63. Burung Hering
  64. Burung Kakaktua
  65. Burung Hantu
  66. Bayan Parakeet
  67. Burung Nuri
  68. Burung Kiwi
  69. Burung Siul
  70. Burung Ruak-ruak
  71. Burung Gagak
  72. Burung Raja Udang
  73. Burung Merpati
  74. Burung Flamingo
  75. Burung Kelicap
  76. Burung Enggang
  77. Burung Rajawali

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z