Burung Belatuk Belacan Kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Belatuk Belacan Kecil
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Picidae
Genus: Dendrocopos
Spesies: D. moluccensis
Subspesies: Dendrocopos moluccensis moluccensis
Dendrocopos moluccensis grandis
Dendrocopos moluccensis cinereigula
Dendrocopos moluccensis hardwickii
Nama binomial
Dendrocopus moluccensis
(Gmelin, 1788)

Burung Belatuk Belacan Kecil atau juga dikenali sebagai Burung belatuk kecil Malaysia/Melayu merupakan sejenis burung yang boleh didapati di Brunei, Indonesia, Malaysia, and Singapore. Nama sainsnya ialah Dendrocopus moluccensis.

Nama Melayu[sunting | sunting sumber]

Burung belatuk kecil Malaysia/Melayu merujuk kepada dua sub-spesies utama burung belatuk kerdil di Malaysia. Burung belatuk kecil yang dikenali orang Melayu dan diguna pakai oleh Tweedie (1960, 1970) dan Madoc (1976) adalah dari spesies Dendrocopos moluccensis. Tweedie memberikan nama Inggerisnya sebagai "Malaysian Pygmy Woodpecker" (1970:34) manakala Madoc memberikan "Lesser Pygmy Woodpecker" (1976:117). Davison et al. (1989:56) pula merujuk nama burung belatuk kecil kepada spesies lain iaitu Sasia abnormis, yang mengikut Tweedie dan Madoc, nama tempatan Melayunya tidak diketahuï.

Sebaliknya, untuk spesies Dendrocopos moluccensis, Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF Malaysia), yang menerbitkan buku Davison et al. (1989), menggunakan nama Melayu "burung belatuk kecil Melayu" iaitu terjemahan nama Inggeris Tweedie edisi 1960, yang menggunakan kata "Malayan" (Malaysia belum terbentuk ketika itu). Bagaimanapun, kesemua mereka memberikan nama Inggeris sebagai "Rufous Piculet" untuk spesies Sasia abnormis.

Spesies Dendrocopos mempunyaï beberapa subspesies pula.

Belatuk kecil (Credit: Fraser-Brunner, A. and Tweedie, M. W. F. (1960))

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung belatuk kecil spesies Dendrocopos moluccensis adalah burung belatuk sebenar (true woodpeckers) yang terkecil, sesuai dengan namanya itu. Panjangnya 14 cm. Belakangnya hitam berbelang putih. Atas kepalanya perang, bawah dan tepinya putih bercoret hitam. Perutnya juga putih bercoret hitam. Burung jantan ada jalur merah kecil di atas matanya.

Bunyi[sunting | sunting sumber]

Bunyinya berupa teriakan gemersik bernada tinggi berulang-ulang iaitu "keek-keek" yang diulang sehingga 12 kali (Madoc, 1976:118). Biasanya burung ini jenis pendiam dan hanya diketahuï menerusi patukan laju paruhnya pada dahan berongga.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Seperti belatuk lain, makanannya adalah ulat dan serangga, yang dicarinya di pokok muda yang langsing, semak-samun, dan tumbuhan menjalar yang berjuntaian di dahan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung belatuk kecil bertelur dari Mac hingga Julai. Sarangnya dibuat dengan mengorek lubang pada dahan atau batang pokok reput atau di hujung dahan yang patah. Telurnya putih, dua atau tiga biji, 2 cm x 1.3 cm (Madoc, 1976). Madoc juga melaporkan pernah melihat burung ini bersarang di tiang tambatan perahu 3.7 meter dari tanah di perkampungan nelayan Cina di Pulau Ketam.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung ini terdapat dengan lumrahnya di kawasan dekat pesisir seperti ladang dan taman bersempadankan belukar atau hutan renek. Madoc (1976) mendapati burung ini lebih kerap dijumpaï berhampiran pesisir daripada di pedalaman.

Belatuk kecil ini gemar berjalan tertonggeng di bawah dahan selain daripada berjalan tegak di batang pokok.


Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Belatuk Belacan Kecil ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, bertulang belakang (vertebrata). Burung Belatuk Belacan Kecil ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Belatuk Belacan Kecil tidak bergigi.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Belatuk Belacan Kecil membiak dengan bertelur. Telur Burung Belatuk Belacan Kecil bercangkerang keras.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Habitat asli Belatuk Belacan Kecil ialah di hutan tanah pamah lembap tropika atau subtropika, hutan bakau tropika atau subtropika dan hutan montane tropika atau subtropika.



Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • BirdLife International 2004. Dendrocopos moluccensis. 2006 IUCN Red List of Threatened Species. Downloaded on 27 July 2007.
  • Davison, G. W. H., Phillipps, K. dan Alias K. (1989). Pengenalan Burung-burung Malaysia. Kuala Lumpur: WWF for Nature Malaysia. ISBN 983-99601-0-5.
  • Madoc, G. C. (1976). An Introduction to Malayan Birds. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.
  • Tweedie, M. W. F. (1960). Common Malayan Birds. (1 ed.). (1970). Common Birds of the Malay Peninsula. (2 ed.). Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-69450-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z