Burung Belatuk Kecil Malaysia
| Burung Belatuk Kecil Malaysia | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Belatuk kecil (Credit: Fraser-Brunner, A. and Tweedie, M. W. F. (1960))
|
|||||||||||||
| Pengelasan saintifik | |||||||||||||
|
|||||||||||||
|
|
|||||||||||||
|
Dendrocopos moluccensis moluccensis |
Isi kandungan |
[sunting] Nama Melayu
Burung belatuk kecil Malaysia/Melayu merujuk kepada dua sub-spesies utama burung belatuk kerdil di Malaysia. Burung belatuk kecil yang dikenali orang Melayu dan diguna pakai oleh Tweedie (1960, 1970) dan Madoc (1976) adalah dari spesies Dendrocopos moluccensis. Tweedie memberikan nama Inggerisnya sebagai "Malaysian Pygmy Woodpecker" (1970:34) manakala Madoc memberikan "Lesser Pygmy Woodpecker" (1976:117). Davison et al. (1989:56) pula merujuk nama burung belatuk kecil kepada spesies lain iaitu Sasia abnormis, yang mengikut Tweedie dan Madoc, nama tempatan Melayunya tidak diketahuï.
Sebaliknya, untuk spesies Dendrocopos moluccensis, Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF Malaysia), yang menerbitkan buku Davison et al. (1989), menggunakan nama Melayu "burung belatuk kecil Melayu" iaitu terjemahan nama Inggeris Tweedie edisi 1960, yang menggunakan kata "Malayan" (Malaysia belum terbentuk ketika itu). Bagaimanapun, kesemua mereka memberikan nama Inggeris sebagai "Rufous Piculet" untuk spesies Sasia abnormis.
Spesies Dendrocopos mempunyaï beberapa subspesies pula.
[sunting] Ciri-ciri
Burung belatuk kecil spesies Dendrocopos moluccensis adalah burung belatuk sebenar (true woodpeckers) yang terkecil, sesuai dengan namanya itu. Panjangnya 14 cm. Belakangnya hitam berbelang putih. Atas kepalanya perang, bawah dan tepinya putih bercoret hitam. Perutnya juga putih bercoret hitam. Burung jantan ada jalur merah kecil di atas matanya.
[sunting] Bunyi
Bunyinya berupa teriakan gemersik bernada tinggi berulang-ulang iaitu "keek-keek" yang diulang sehingga 12 kali (Madoc, 1976:118). Biasanya burung ini jenis pendiam dan hanya diketahuï menerusi patukan laju paruhnya pada dahan berongga.
[sunting] Makanan
Seperti belatuk lain, makanannya adalah ulat dan serangga, yang dicarinya di pokok muda yang langsing, semak-samun, dan tumbuhan menjalar yang berjuntaian di dahan.
[sunting] Pembiakan
Burung belatuk kecil bertelur dari Mac hingga Julai. Sarangnya dibuat dengan mengorek lubang pada dahan atau batang pokok reput atau di hujung dahan yang patah. Telurnya putih, dua atau tiga biji, 2 cm x 1.3 cm (Madoc, 1976). Madoc juga melaporkan pernah melihat burung ini bersarang di tiang tambatan perahu 3.7 meter dari tanah di perkampungan nelayan Cina di Pulau Ketam.
[sunting] Habitat
Burung ini terdapat dengan lumrahnya di kawasan dekat pesisir seperti ladang dan taman bersempadankan belukar atau hutan renek. Madoc (1976) mendapati burung ini lebih kerap dijumpaï berhampiran pesisir daripada di pedalaman.
Belatuk kecil ini gemar berjalan tertonggeng di bawah dahan selain daripada berjalan tegak di batang pokok.
[sunting] Rujukan
Davison, G. W. H., Phillipps, K. dan Alias K. (1989). Pengenalan Burung-burung Malaysia. Kuala Lumpur: WWF for Nature Malaysia. ISBN 983-99601-0-5.
Madoc, G. C. (1976). An Introduction to Malayan Birds. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.
Tweedie, M. W. F. (1960). Common Malayan Birds. (1 ed.). (1970). Common Birds of the Malay Peninsula. (2 ed.). Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-69450-7.
[sunting] Pautan luar
| Senarai burung | |
|---|---|
| A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |