Burung Berek-berek Senja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Berek-berek Senja
Burung Berek-berek Senja di Thailand
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Coraciiformes
Famili: Meropidae
Genus: Merops
Spesies: M. leschenaulti
Nama binomial
Merops leschenaulti
Vieillot, 1817

Burung Berek-berek Senja merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Merops Leschenaulti.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Berek-berek Senja ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Berek-berek Senja mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Berek-berek Senja terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Berek-berek Senja membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Habits[sunting | sunting sumber]

Di Taman Perlindungan haiwan Liar Kinnerasani, Andhra Pradesh, India

Burung Berek-berek Senja membiak di semak terbuka separa-tropika, sering-kali berhampiran dengan punca air. Ia lebih biasa di kawasan tanah tinggi. Makanannya utamanya adalah serangga, terutamanya lebah, wasps dan penyegat, yang disambarnya di udara ketika melayang dari tenggekan terbuka.

Burung Berek-berek Senja hidup berkelompok, bersarang dalam koloni di tebing berpasir. Mereka membuat terowong yang agak panjang dalam mana 5 hingga 6 telor bulat ditempatkan. Kedua-dua burung jantan dan betina menjaga telor. Burung-burung ini juga makan dan mengeram beramai-ramai.

Nama saintifiknya sebagai memperingati pakar botani Perancis Jean Baptiste Leschenault de la Tour.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Fry, C.H., Fry, K. & Harris, A. (1992) Kingfishers, Bee-eaters & Rollers. London: Christopher Helm. ISBN 0713680288
  • Grimmett, R., Inskipp, C. & Inskipp, T. (2012) Birds of the Indian Subcontinent. Helm Field Guides. ISBN 9781408127636
  • Kazmierczak, K. & van Perlo, B. (2008) A Field Guide to the Birds of the Indian Subcontinent. Pica Press. ISBN 9781408109786.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z