Burung Berkek Ekor Kipas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Berkek Ekor Kipas
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Gallinago
Spesies: G gallinago
Binomial: Gallinago gallinago


Burung Berkek Ekor Kipas (Gallinago gallinago) merupakan burung peranduk gempal kecil asal di Dunia Lama. Habitat pembiakan adalah di paya, paya gambut, tundra dan padang rumput lembab sepanjang Eropah utara dan utara Asia. Ia merupakan burung berhijrah, dengan burung Eropah menghabiskan musim sejuk di selatan dan barat Eropah dan Afrika (selatan ke Khatulistiwa), da penghijrah Asia bergerak ke Asia Tenggara tropika.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Berkek Ekor Kipas ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Berkek Ekor Kipas ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Berkek Ekor Kipas tidak bergigi.

G. g. faeroeensis di Iceland

Burung Berkek Ekor Kipas dewasa sepanjang 25–27 cm dengan lebar sayap 44–47 cm dan berat sekitar 80–140 g (sehingga 180 g sebelum penghijrahan). Burung Berkek Ekor Kipas memiliki kaki hijau kelabu pendek dan paruh gelap lurus amat panjang sekitar (5.5–7 cm). Badan burung Berkek Ekor Kipas bertompok perang dengan belang kuning kelabu pada bahagian atas dan pucat di bahagian bawah. Burung Berkek Ekor Kipas memiliki belang gelap pada mata, dengan belang lebih cerah di atas dan di bawahnya. Sayap burung Berkek Ekor Kipas adalah runcing.[1][2]

Burung Berkek Ekor Kipas paling luar tersebar dikalangan beberapa burung Berkek ("snipe"). Ia paling hampir menyerupai "Wilson's Snipe" G. delicata Amerika Utara, yang sehingga baru-baru ini dianggap spesies kecil kepada G. g. delicata bagi burung Berkek Ekor Kipas. Ia berbeza dari jumlah bilangan pelepah ekor, dengan tujuh pasang pada G. gallinago dan lapan pasang pada G. delicata; spesies Amerika utara turut memiliki sisi putih yang lebih lebar pada sayap.[3][4] Kedua spesies membiak di Kepulauan Aleut.[1] Ia juga menyerupai ("Pintail Snipe") G. stenura dan ("Swinhoe's Snipe") G. megala Asia timur; dengan itu merumitkan lagi pengenalan spesies ini.[5]

Terdapat dua spesies kecil burung Berkek Ekor Kipas, G. g. faeroeensis di Iceland, Kepulauan Faroe, Kepulauan Shetland dan Orkney (berlindung musim sejuk di Britain dan Ireland), dan G. g. gallinago di tempat lain Dunia Lama.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Burung Berkek Ekor Kipas mencari makan di lumpur lembut, dan mencari dan mematuk makanan dengan menggunakan penglihatan. Burung Berkek Ekor Kipas mencari makanan kebanyakannya serangga dan cacing tanah, dan juga sesetengah bahan tumbuhan.[2]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Gallinago gallinago

Burung Berkek Ekor Kipas membiak dengan bertelur. Telur Burung Berkek Ekor Kipas bercangkerang keras.

Burung Berkek Ekor Kipas jantan membuat pertunjukan "menampi" semasa memikat, terbang tinggi dalam pusaran dan membuat junaman rendah bagi menghasilkan bunyi "dengung" dengan menggetarkan bulu pelepah ekornya. Bunyi ini telah dibandingkan oleh sebagai bunyi kambing atau biri-biri mengembik; dengan itu dalam banyak bahasa burung Berkek dikenali sebagai “kambing terbang,” “kambing jantan awangan,” di Scotland sebagai “Heather-bleater”[6] dan dalam bahasa Finland nama taivaanvuohi, "kambing langit". Burung Berkek Ekor Kipas bersarang di tempat tersembunyi dengan baik di tanah, bertelur empat biji warna zaiton gelap, berceloreng dan bertompok dengan perang terang,[6] yang dieram oleh burung betina selama 18–21 hari. Anak burung baru menetas diselitupi dengan bulu bewarna perang gelap, bercampur dengan hitam, putih, dan berkilat.[6] Anaknya dijaga oleh kedua ibu bapa, setiap seekor menjaga separuh sarang, dengan anak muda selama 10–20 hari.[1][2]

Habitat[sunting | sunting sumber]

G. g. gallinago di Taman Negara Keoladeo, Bharatpur, Rajasthan, India.

Burung Berkek Ekor Kipas merupakan burung menyorok yang baik biasanya pemalu dan menyembunyikan dirinya hampir dengan tumbuhan di tanah dan lari hanya apabila dihampiri amat dekat. Apabila lari, burung Berkek Ekor Kipas mengeluarkan not tinggi yang kedengaran seperti scape, scape dan terbang dalam siri bengkang bengkok di udara untuk mengelirukan pemangsa.[6]

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Secara umum, spesies ini tidak terancam. Populasi di hujung selatan julat pembiakan di Eropah bagaimanapun merosot dengan sesetengah populasi tempatan pupus (terutama di sebahagian England dan Jerman), kebanyakannya disebabkan parit penyaliran dan peningkatan pertanian.[1] Persetujuan bagi Pengekalan Burung Air Nomad Afrika-Eurosia ("African-Eurasian Migratory Waterbirds - AEWA")) merangkumi spesies ini. Ia masih diburu sebagai burung sukan di kebanyakan julatnya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Hoyo, J. del, et al., eds. (1996). Handbook of the Birds of the World, vol. 3. Barcelona: Lynx Edicions. m/s. 496. ISBN 84-87334-20-2. 
  2. 2.0 2.1 2.2 Snow, D. W., & Perrins, C. M. (1998). The Birds of the Western Palearctic, Concise Edition (Vol. 1), Oxford University Press, Oxford.
  3. Leader, P. (1999). Identification forum: Common Snipe and Wilson's Snipe Birding World 12(9): 371-4
  4. Reid, M. (2008). Identification of Wilson's and Common Snipe British Birds 101 (4): 189-200.
  5. Carey, G. & Olsson, U. (1995). Field Identification of Common, Wilson's, Pintail and Swinhoe's Snipes. Birding World 8 (5): 179-190.
  6. 6.0 6.1 6.2 6.3 Rencana ini menggabungkan teks daripada Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11, sebuah terbitan yang kini di domain awam.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z