Burung Botak Padi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Botak Padi
Dewasa di Bharatpur Bird Sanctuary, India
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Ciconiiformes
Keluarga: Ciconiidae
Genus: Mycteria
Spesies: M. leucocephala
Nama binomial
Mycteria leucocephala
(Pennant, 1769)
Sinonim

Tantalus leucocephalus
Ibis leucocephalus
Pseudotantalus leucocephalus

Burung Botak Padi (bahasa Inggeris: Painted Stork) ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Mycteria leucocephala.

Burung Botak Padi merupakan burung meranduk yang besar dalam keluarga burung botak. Ia terdapat di tanah paya lembangan Asia tropika di selatan Himalaya di Asia Selatan dan menganjur ke Asia Tenggara. Bulu pelepah merah jambu mereka yang menonjol memberikan nama Inggeris mereka sebagai Botak Lukis (Painted Stork). Burung Botak Padi mencari makan dalam kawanan di ait cetek sepanjang sungai atau tasik. Mereka merendam paruh mereka separa terbuka dalam air dan melenggang kekiri-kanan dan menyentap mangsa mereka seperti ikan kecil yang dikesan melalui deria sentuh. Ketika mereka meranduk air mereka turut mengocakkan air dengan kaki mereka bagi menghalau ikan yang bersembunyi. Burung Botak Padi bersarang membentuk koloni di pokok, sering kali bersama burung air yang lain. Satu-satunya bunyi mereka adalah keluhan lemah atau bunyi yang dihasilkan dengan mengertap paruh mereka. Burung Botak Padi bukanlah burung berpindah-randah dan hanya terbang jarak dekat di sebahagian julat mereka bagi mencari makanan dan membiak. Seperti burung botak lain, mereka sering dilihat melayang pada lapisan haba.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Botak Padi adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Botak Padi adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Botak Padi tidak bergigi.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Burung Botak Padi makan katak, ikan dan burung atau mamalia kecil.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Botak Padi membiak dengan bertelur. Telur Burung Botak Padi bercengkerang keras.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung Botak Padi merupakan burung yang berhijrah pada musim sejuk ke kawasan panas dan akan kembali ke tempat asal apabila musim panas kembali tiba. Burung ini biasanya mencari makanan secara berkumpulan di kawasan berair yang cetek iaitu pada kedalaman 12 hingga 25 sentimeter. Makanan utamanya adalah ikan-ikan kecil yang diperolehinya dengan secara memasukkan dan mengerakkan muncungnya yang terbuka sedikit ke kiri dan kanan di dalam air. Ianya juga akan meranduk perlahan-lahan sambil menguak air dengan kakinya untuk memerangkap ikan. Kegiatan mencari makanan biasanya diwaktu siang sahaja, kecuali dalam keadaan tertentu sahaja, ianya mencari makan diwaktu gelap. Setelah kekenyangan, burung botak padi akan bersantai di tepi perairan pada jangkamasa yang agak lama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BirdLife International (2008). Mycteria leucocephala. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 2 February 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z