Burung Enggang Badak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Enggang Badak
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Coraciiformes
Famili: Bucerotidae
Genus: Buceros
Spesies: B. rhinoceros
Binomial: Buceros rhinoceros


Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang (bahasa Inggeris: Rhinoceros Hornbill) ialah salah satu daripada burung enggang terbesar, dewasa 110-127 cm (43-50 inci) panjang dan seberat 2-3 kg (4.4-6.6 paun). Burung Enggang Badak hidup dalam kurungan sehingga 35 years. Ia hanya terdapat di hutan hujang bentuk tinggi. Nama sainsnya Buceros rhinoceros. [1] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [2]

Bagi sesetengah penduduk Dayak, burung Enggang Badak mewakili Dewa Perang mereka, Singalang Burong. Ia merupakan burung negeri Sarawak.[1]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Burung Enggang Badak atau juga dikenali sebagai burung Kenyalang boleh didapati di kepulauan Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei, dan Kalimantan), Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Pulau Jawa.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana burung enggang lain, burung jantan memiliki mata kuning bata atau merah, dan burung betina mata keputihan. Burung ini memiliki paruh kebanyakannya putih dan casque (the tip of the casque curves upward strikingly), tetapi terdapat warna kuning bata di sana sini. Ia mempunyai dada putih, terutama di bahagian ekor. Burung ini terdapat di Semenanjung Malaysia, Sumatera, pulau Jawa, dan Borneo.


Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Mengawan dan berpasangan bagi burung ini adalah amat penting, kerana burung betina perlu mempercayai burung jantan bagi membekalkan semua perkara ketika ia mengeram dan membesarkan anak. Burung enggang ini bertelur dalam batang pokok, burung betina tinggal di dalamnya bersama telor, sementara burung jantan membawa makanan kepada burung betina dan anak-anaknya.

Selepas bertelur, burung jantan akan mengambil lumpur dan pasangan tersebut akan menggunakan lumpur dan najis bagi menutup bukaan masuk ke sarang. Ini meninggalkan bukaan kecil, hanya muat bagi burung jantan memberi makan burung betina (dan kemudian anak burung) dan bagi burung betina membuang najis keluar lubang. Apabila anaknya cukup besar (tumbuh bulu)bagi meninggalkan sarang burung jantan dan betina mematuk lumpur kering untuk keluar. Burung Enggang badak makan buah-buahan, serangga, reptilia kecil, tikus, dan burung kecil.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung Enggang Badak merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]