Burung Enggang Jambul Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Enggang Jambul Hitam
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Coraciiformes
Famili: Bucerotidae
Genus: Aceros
Spesies: A. corrugatus
Binomial: Aceros corrugatus


Burung Enggang Jambul Hitam (bahasa Inggeris: (Sunda) Wrinkled Hornbill ) ialah burung enggang yang sederhana saiznya, dan merupakan pembiak tempatan di Malaysia dan Indonesia. Pemburuan burung ini di Malaysia memerlukan lesen. Dahulunya digolongkan dalam genus Rhyticeros, bersama-sama dengan burung-burung enggang yang mempunyai paruh beralun, Burung Enggang Jambul Hitam kini digolongkan dalam genus Aceros. Nama saintifiknya Aceros corrugatus. Ia juga dikenali sebagai burung Enggang Merantau. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [1]

Burung Enggang Jambul Hitam di sekitar 70 sentimeter panjangnya, dan mempunyai paruh yang kuat yang dilakurkan pada tengkorak. Sebahagian besar bulunya berwarna merah, dengan kepalanya berwarna-warni, dan ekornya putih atau kuning. Burung jantan dan betina mempunyai corak-corak kepala dan paruh yang berbeza. Burung jantan mempunyai kulit biru di sekeliling mata dan bulu yang berwarna kuning terang di seluruh bahagian kepala dan dada, manakala burung betina tidak berwarna sedemikian.

Burung Enggang Jambul Hitam ialah spesies hutan yang khususnya makan buah-buahan seperti buah ara, walaupun ia juga akan makan binatang-binatang yang kecil seperti katak dan serangga. Burung ini tidak minum air, tetapi mendapat air yang diperlukan daripada makanannya. Bunyinya "Kak-kak" yang kasar atau "Row-wow" yang dalam yang dapat didengar dari berbatu-batu jauh.

Burung Enggang Jambul Hitam merupakan burung monogami yang mengekalkan pasangannya pada sepanjang hayat. Ia mempergunakan rongga-rongga pokok sebagai sarangnya. Burung betina akan menutup mulut rongga yang dijadikan sarang dengan menggunakan tanah liat dan tinja sehingga meninggalkan hanya satu lubang yang kecil supaya anak-anak burung tidak dapat keluar. Burung jantan pada dirinya akan meluahkan makanan untuk memberi makan burung-burung di dalam sarang. Selepas beberapa bulan apabila anak-anak burung cukup besar, burung betina akan merempuh sarang itu.

Burung Enggang Jambul Hitam membiak dalam kurungan buat pertama kali pada tahun 1988.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan