Burung Enggang Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Enggang Jawa
Jantan dewasa di Zoo Taman Lincoln
Betina
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Famili: Bucerotidae
Genus: Rhyticeros
Spesies: R. plicatus
Nama binomial
Rhyticeros plicatus
(J.R.Forst., 1781)
Kepelbagaian
6 subspesies
Sinonim

Aceros plicatus (Forster, 1781)

Burung Enggang Jawa (bahasa Inggeris: Papuan Hornbill) ialah burung enggang yang besar sehingga 91 sentimeter panjangnya, dan yang hidup di sudur hutan tanah pamah Kepulauan Maluku, New Guinea, dan Kepulauan Bismarck sehingga ke Kepulauan Solomon di timur. Burung Enggang Jawa ialah spesies burung enggang asli yang tunggal di New Guinea dan merupakan salah satu burung terbang yang terbesar di kawasan itu. Nama saintifiknya Aceros plicatus.

Burung jantan mempunyai kepala yang berwarna sawo matang keemas-emasan, bulu yang hitam, iris yang perang kemerah-merahan, kulit orbit yang biru pucat, serta ekor yang putih. Secara amnya, burung betina berwarna hitam pada keseluruhannya, dengan leher dan ekor yang putih. Anak burung kedua-dua jantina seakan-akan burung jantan rupanya. Burung-burung dewasa mempunyai sehingga lapan lipatan pada kask yang pucat warnanya, manakala anak burung tidak mempunyai sebarang lipatan.

Makanan utama Burung Enggang Jawa terdiri daripada buah-buahan, serangga, serta binatang kecil.

Banyak didapati di seluruh taburannya, Burung Enggang Jawa telah dinilai sebagai burung yang menimbulkan paling kurang kebimbangan dalam Senarai Merah IUCN untuk spesies-spesies terancam.

Subspesies[sunting | sunting sumber]

Pelbagai subspesies telah digambarkan sepanjang julatnya:[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Coates (1985): p.444, Coates & Bishop (1997): p.148, Steadman (2006): pp.123,153,366-367