Burung Enggang Paruh Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Enggang Paruh Merah
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Coraciiformes
Famili: Bucerotidae
Genus: Tockus
Spesies: T. erythrorhychus
Binomial: Tockus erythrorhychus


Burung Enggang (bahasa Inggeris: Red-billed Hornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran, kadang kala dengan kask pada bahagian atas mandibel. Nama sainsnya Tockus erythrorhychus.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina.

Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.