Burung Enggang Tebang Mentua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Enggang Tebang Mentua
Jantan
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Coraciiformes
Famili: Bucerotidae
Genus: Rhinoplax
Gloger, 1841
Spesies: R. vigil
Nama binomial
Rhinoplax vigil
Forster, 1781
Sinonim

Buceros vigil

Burung Enggang Tebang Mentua (bahasa Inggeris: Helmeted Hornbill) adalah salah satu daripada jenis burung besar dalam keluarga Enggang yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo. Nama sainsnya ialah Rhynoplax vigil[2] /Buceros vigil. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [3]

Ia memiliki pelepah hitam keseluruhannya kecuali pada bahagian perut dan kaki yang bewarna putih dan di bahagian ekor yang berpelepah putih dengan belang hitam di hujung. Ekornya panjang dan dua pelepah ekor tengah adalah lebih panjang dan menjulur sehingga 1 meter, memberikan panjang burung ini sehingga 160 cm, terpanjang dikalangan burung Enggang. Panjang badannya sekitar 95-120 cm (38-47 inci). Burung jantan seberat 3.1 kg (6.8 paun) dan burung betina sekitar 2.7 kg (5.9 paun).

Spesies ini memiliki bahagian kerongkong yang botak, berkedut, biru bagi burung betina dan merah bagi jantan. Bahagian bonggol ini ("casque") bermula dari pangkal sehingga pertengahan paruh di mana ia berhenti mengejut. Ia dan bahagian paruh bewarna kuning; rembesan merah kelenjar preen melitupi sisi dan bahagian atas bonggol casque dan bawah paruh tetapi sering kali membiarkan bahagian hadapan bonggol casque dan separuh paruh kuning. Tidak seperti burung enggang yang lain, bonggol casque burung Enggang Tebang Mentua adalah padu dan tengkoraknya termasuk bonggol casque dan paruh mungkin merangkumi 10 peratus berat burung.

Bunyi burung Enggang Tebang Mentua digambarkan sebagai orang gila mengilai. Ia merupakan salah satu spesies enggang yang digambarkan oleh William Farquhar dalam bukunya mengenai haiwan di tanah Melayu.[4]

Permakanan[sunting | sunting sumber]

Burung Enggang Tebang Mentua makan buah-buahan, terutamanya buah ara. Ia mungkin menggunakan paruhnya sebagai perkakasan berat bagi menggali kayu reput dan kulit kayu longgar bagi mencari serangga dan mangsa seumpama dengannya. Tidak seperti kebanyakan burung enggang pemakan buah lain, ia jinak dan satu pasangan mengekalkan kawasan tersendiri. Burung jantan berkelahi berebut kawasan ketika terbang, melagakan paruhnya sesama sendiri.

Terbang

Paruhnya merupakan sumber ukiran yang berharga, gading burung enggang. Penduduk tempatan turut menggunakan pelepah tengah bagi menghiasi jubah penari dan hiasan kepala.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Burung Enggang Tebang Mentua boleh didapati di Semenanjung Malaysia, Sumatra dan Borneo. .

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Enggang Tebang Mentua ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Burung Enggang Tebang Mentua ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Enggang Tebang Mentua terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Enggang Tebang Mentua membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung Enggang Tebang Mentua merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z