Burung Flamingo Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Flamingo Besar
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: [Haiwan]]
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Phoenicopteriformes
Famili: Phoenicopteridae
Genus: Phoenicopterus
Spesies: P. ruber
Nama binomial
Phoenicopterus ruber
Linnaeus, 1758


Gambar dekat burung Flamingo Besar
Tengkorak

Burung Flamingo Besar (bahasa Inggeris: Caribbean Flamingo) ialah satu [[spesies besar flamingo yang berkait rapat dengan Greater Flamingo serta Flamingo Chile, dan kekadang dianggap sebagai konspesies. Nama sainsnya Phoenicopterus ruber. Rencana ini menurut pengolahan dalam Ibis (2002) 144 707-710.

Burung Flamingo Besar membiak di:

Kebanyakan burung yang dilihat di Florida selatan biasanya dianggap sebagai burung yang sesat, walaupun sekurang-kurangnya seekor anak burung di Semenanjung Yucatán pernah dilihat di Taman Negara Everglades, dan yang lain merupakan kelana benar dari Cuba.

Habitat Burung Flamingo Besar adalah serupa dengan saudara-saudaranya, dan termasuk lagun bergaram, kukup lumpur, dan tasik-tasik payau yang cetik. Serupa dengan semua burung flamingo, burung ini bertelur sebiji telur tunggal yang putih seperti kapur di atas timbunan lumpur.

Panjangnya Burung Flamingo Besar ialah 120–140 sentimeter; beratnya burung jantan 2.8 kilogram manakala berat burung betina 2.2 kilogram. Warna kebanyakan bulunya merah jambu, dan membezakannya daripada spesies Eropah yang berwarna lebih pucat. Sayapnya berwarna merah, dengan bulu pelepah terbang berwarna hitam. Warna paruhnya merah jambu dengan hujung yang hitam, dan kakinya berwarna merah jambu pada keseluruhannya. Bunyinya burung ini seolah-olah angsa. Burung Flamingo Besar adalah satu-satunya burung flamingo yang wujud secara semula jadi di Amerika Utara.

Burung Flamingo Besar ialah salah satu spesies yang dilindungi oleh Perjanjian Pemuliharaan Burung Air Berhijrah Afrika-Eurasia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]