Burung Lang Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burung Helang Hitam)

Burung Lang Hitam
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Ictinaetus
Spesies:
I. malaiensis
Nama binomial
Ictinaetus malaiensis
(Temminck, 1822)

Burung Lang Hitam ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Ictinaetus malaiensis[1].

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Hitam adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Hitam adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Hitam tidak bergigi.

Burung Lang Hitam merupakan pemangsa pemangsa besar bersaiz panjang sekitar 70-80cm. Lang dewasa mempunyai pelepah hitam keseluruhannya, dengan pangkal paruh (cere) dan kaki kuning. Sayapnya panjang dan mengucup pada bahagian dalam utama memberikan bentuk yang jelas baginya. Ekornya juga panjang dan menunjukkan jalur kabur. Sayapnya membentuk V cetek ketika terbang. Dilihat pada tengahari yang panas, melayang dipuncak pokok mencari sarang, burung ini mudah dilihat kerana warnanya yang hitam berkilat, bersaiz besar, dan ciri penerbangan perlahan, kadang-kala hanya melepasi pucuk pokok.

Kedua jantina mempunyai rupa yang sama, tetapi helang muda mempunyai ropol di kepala, bahagian bawah dan bawah sayap.

Bentuk sayap membezakan spesies ini daripada bentuk hitam Burung Lang Hindik, (Spizaetus cirrhatus).

Makanan[sunting | sunting sumber]

Lang Hitam makan mamalia, burung dan telur. Ia merupakan pemburu sarang dan terkenal kerana keupayaannya terbang keluar masuk puncak pokok. Cakarnya direka khas bagi menyambar dan mencekam mangsa.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Hitam membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Hitam bercengkerang keras. Burung Lang Hitam membiak di selatan Asia dari India dan Sri Lanka sehingga Asia Tenggara.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan burung hutan pergunungan. Ia membina sarang pentas dari ranting di atas pokok dan bertelur satu atau dua telur.

Perlindungan[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Hitam merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. ^ "Protection of Wild Life Act 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-21. Dicapai pada 2012-06-23.



Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Ictinaetus malayensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Birds of India by Grimmett, Inskipp and Inskipp, ISBN 0-691-04910-6