Burung Helang Tiram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Helang Tiram
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Falconiformes
Famili: Pandionidae
Sclater & Salvin, 1873
Genus: Pandion
Savigny, 1809
Spesies: P. haliaetus
Nama binomial
Pandion haliaetus
(Linnaeus, 1758)

Burung Helang Tiram (bahasa Inggeris: Osprey) merupakan sejenis burung pemangsa besar berhijrah. Burung ini boleh didapati di semua benua kecuali Antartika walaupun di Amerika Selatan ia cuma ditemui sebagai burung berhijrah tidak membiak. Nama sainsnya ialah Pandion haliacetus[2], [3].

Taburan[sunting | sunting sumber]

Burung Helang Tiram boleh didapati di semua benua kecuali di Antaratik. Ia tidak membiak di Amerika Selatan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Helang Tiram ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup bertulang belakang (vertebrat). Burung Helang Tiram ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Ia mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Helang Tiram terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Burung Helang Tiram merupakan seekor burung pemangsa dan memburu ikan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Helang Tiram membiak dengan cara bertelur 2-4 biji. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung Helang Tiram merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BirdLife International (2004). Pandion haliaetus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 2008-01-01. Database entry includes justification for why this species is of least concern
  2. ©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997

Pautan luar[sunting | sunting sumber]