Burung Hujan-hujan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Hujan-hujan
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Eurylaimidae
Genus: Psarisomus
Swainson, 1837
Spesies: P. dalhousiae
Nama binomial
Psarisomus dalhousiae
Jameson, 1835

Burung Hujan-hujan (Psarisomus dalhousiae) merupakan salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Psarisomus dalhousiae. [2], [3] Ia juga dikenali sebagai burung Takau Ekor Panjang.[4]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan spesies paruh lebar yang terdapat di Himalaya, Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia. Ia satu-satunya burung dalam genus Psarisomus.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Hujan-hujan sekitar 25 cm (10 inci) panjang dan seberat antara 50 dan 60 gram. Ia dapat dikenali melalui panggilannya yang nyaring.

PsarisomusDalhousiaeGould.jpg

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung Hujan-hujan merupakan burung yang tinggal di dalam hutan di sepanjang taburannya.

Permakanan[sunting | sunting sumber]

Burung Hujan-hujan merupakan burung hutan yang memakan serangga. Ia hidup berkumpulan dan biasanya terbang dalam kawanan yang besar dan bising kecuali semasa musim mengawan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Ia membina sarang berbentuk buah pear di atas pokok. Burung betina biasanya bertelur antara 5 dan 6 biji telur yang dieram oleh kedua jantina; kedua jantina turut membantu membesarkan anak mereka.

Nama saintifiknya adalah bagi memperingati Christina Broun, Countess bagi Dalhousie (1786–1839), isteri kepada George Ramsay, Earl ke-9 bagi Dalhousie.

Pemeliharaan[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia ia merupakan spesies burung yang dilindungi sepenuhnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z