Burung Jampuk Pantai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bay owl
Burung Jampuk Pantai Timur
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Strigiformes
Famili: Tytonidae
Genus: Phodilus
Spesies
  • P. badius
  • P. prigoginei

Burung Jampuk Pantai ialah burung hantu daripada genus Phodilus yang tergolong dalam subfamili Phodilinae.

Kebanyakan skema pengelasan mengiktiraf dua spesies dalam genus ini:

  1. Burung Jampuk Pantai Timur (Phodilus badius)
  2. Burung Jampuk Pantai Congo (Phodilus prigoginei).

Spesies yang kedua itu tidak sangat dikenali dan pada asalnya dianggap sebagai satu subspesies P. badius. Bagaimanapun, masih tidaklah jelas pada hari ini adakah spesies Afrika itu lebih sesuai digolongkan ke dalam genus Tyto atau genus monotip.

Kedua-dua spesies merupakan burung nokturnal, dengan rupanya seakan-akan burung hantu yang lain. Umumnya, saiz Burung Jampuk Pantai adalah lebih kecil, memiliki jambak seolah-olah telinga (hampir tidak dapat dilihat pada spesies Afrika), dan cakera muka yang lebih berbentuk huruf U.

Satu spesies Burung Jampuk Pantai daripada Pulau Samar yang sudah pupus mungkin merupakan spesies yang ketiga, tetapi spesimennya yang tunggal kini sudah hilang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]