Burung Kenari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Kenari
Seekor kenari jantan di Gran Canaria, Sepanyol
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Burung
Order: Passeriformes
Famili: Fringillidae
Genus: Serinus
Spesies: S. canaria
Nama binomial
Serinus canaria
(Linnaeus, 1758)

Kenari (Serinus Canaria) pertama kali dijumpai oleh seorang pelaut Perancis yang bernama Jean de Berthan Cout di Kepulauan Canary pada abad ke-15. Terpesona dengan keindahan bulu dan kemerduan suaranya. Kepelbagaian spesis burung kenari yang ada pada hari ini merupakan perkembangan dari keturunan kenari liar Serinus Canarius. Burung Kenari (Serinus canaria), juga dikenali dengan nama Kenari Pulau, Kenarai atau Kenari Biasa. Kenari liar kebanyakannya berwarna kuning kehijauan, dengan jalur keperangan di bahagian belakang. Spesis yang dibela dalam kurungan yang mempunyai beberapa jenis warna telah dibiakkan.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Burung Kenari liar mempunyai panjang lebih kurang 12.5 sm, dengan bukaan sayap 20–23 sm dan berat 15–20 g. Kenari jantan mempunyai kepala berwarna kuning kehijauan dan sedikit kuning pada bahagian dahi serta hadapan muka.Dada yang lebih rendah dan sedikit keputihan di bulu ekor serta terdapat beberapa jalur-jalur gelap di sisi. Kenari betina hampir sama dengan jantan tetapi mempunyai kepala dan dada berwarna kelabu serta kurang kberwarna kuning di bahagian ke bawah.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Burung ini dinamakan bersempena (pulau Kenari) Kepulauan Canary, Warna kuning pada burung kenari muncul hasil dari mutasi burung kenari liar.