Burung Kunyit Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Kunyit Besar
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Famili: Oriolidae
Genus: Oriolus
Spesies: O. chinensis
Nama binomial
Oriolus chinensis
Linnaeus, 1766

Burung Kunyit Besar [1]atau juga dikenali sebagai Dendang Selayang[2] adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Asia Selatan termasuk Malaysia. Nama sainsnya ialah Oriolus chinensis. Burung Kunyit Besar merupakan burung dalam keluarga oriole dan terdapat dikebanyakan bahagian Asia. Terdapat beberapa populasi menonjol dalam julat taburan luas spesies dan pada masa lalu "Slender-billed Oriole" (Oriolus tenuirostris) turut dimasukkan sebagai spesies kecil. Tidak seperti "Golden Oriole" yang hanya memiliki celoreng mata yang pendek dan nipis, burung Kunyit Besar memiliki celoreng mata yang lebar dan bersambung di belakang leher. Burung jantan dan betina adalah serupa sungguhpun lapik sayap burung betina lebih kehijauan. Paruhnya merah jambu dan lebih tegap berbanding Golden Oriole.

Mengenalpasti[sunting | sunting sumber]

maculatus jantan (Selangor, Malaysia)

Burung Kunyit Besar bersaiz serdahana dengan paruh merah jambu jelas dan topeng mata dan tengkuk hitam lebar. Burung jantan dewasa memiliki pelepah ekor tengah hujungnya kuning dan pelepah lateral lebih kekuningan lebar. Burung betina memiliki bulu menyelubung kehijauan atau zaitun. Burung muda memiliki jaluran pada bahagian bawah dada. Anak di sarang memiliki bulu hijau kelabu dengan jaluran keperangan. Kepala dan leher lebih kekuningan dan bawah ekor kuning. Terdapat beberapa variasi dalam populasi yang terasing sebagai spesies kecil.[3]

Spesies kecil diffusus membiak di China dan tersebar luas serata India pada musim sejuk, terutama di bahagian timur laut dan bahagian semenanjung. Populasi di kepulauan Andaman dan Nicobar adalah residen. Spesies kecil di Andamans, O. c. andamanensis memiliki sayap hitam keseluruhannya sementara O. c. macrourus dari kepualuan Nicobar memiliki jalur leher amat lebar sehinggakan hanya bahagian atas kepala yang bewarna kuning. Sayapnya kesemuanya hitam kecuali tompok tompok utama kuning. Bunyi kicauan spesies kecil Andaman dan Nicobar dikatakan agak berlainan, yang kemudian memiliki kicauan not lebih berlagu ("modulated call").[4][5] The evolutionary history of this group of orioles is complex and there may be more cryptic species within the group.[6] Dalam spesies Asia Tenggara terdapat trend gergrafik termasuk pengurangan kuning pada dahi dan pengurangan terang pada bulu kuning dari utara ke selatan. Burung betina di selatan adalah lebih kehijauan pada bahagian belakang dan ekor dan tidak terdapat tompok kuning pada bulu kedua pada populasi utara.[7]

Panggilan biasa adalah sengau niee atau myaa dan kicauan burung (diffusus) berseruling iwee wee wee-leeow. Mereka membuat penerbangan mencicah.[8]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Burung muda di Kolkata, Bengal Barat, India.

Burung Kunyit Besar terdapat di hutan, taman dan ladang. Ia makan beri dan serangga di kanopi. Speseis kecil diffusus membiak di timur Siberia, Ussuriland, timur laut China, Korea dan utara Vietnam dan pada musim sejuk di Thailand, Burma dan sebahagian India.[4] T. C. Jerdon described a bird from the Malabar region that he identified as Oriolus indicus[9] dan ini dianggap sebagai Oriolus chinensis diffusus.[10] Oriolus chinensis invisus terdapat di Annam Selatan. Populasi nominate adalah dari Filipina. Beberapa populasi kepulauan telah digambarkan termasuk suluensis (kepulauan Sulu), melanisticus (kepulauan Talaut), formosus (Sangihe), frontalis (kepulauan Sula), sangirensis (kepulauan Sangi), saani (Moluccas), mundus (Pulau Simalur), sipora (pulau Sipora), richmondi (Siberut dan Pagi), insularis (Kangean), broderipii (Lombok, Sumba, Sumbawa, Flores, dan pulau Alor), lampochryseus (kepulauan Masalembo dan Keramian), oscillans (pulau Tukang Besi), boneratensis (Kepulauan Bonerate, Djampea dan Kalao), maculatus (Pulau Singapura, Sumatera, Billiton, Banka, Nias, Jawa. Bali dan Borneo), yamamurae (Filipina selatandan tengah[11] and sometimes treated as identical to the nominate population), celebensis (northern Celebes) and macassariensis (southern Celebes).[12] Spesies kecil berkait rapat dan kumpulan ini membentuk clade dalam mana Eurasian Oriole dan Indian Golden Oriole turut dikelompokkan.[13][14]

Calls of O. c. diffusus in winter range

Pada musim sejuk populasi membiak di timur Asia menghabiskan musim sejuk di Asia Tenggara.[15] Spesies kecil diffusus migran kurang biasa dikebanyakan tempat di Selatan India dan lebih biasa dilihat di Ghats Barat.[6] Di Singapura mereka dipercayai menetap sebagai pembiak hanya pada 1920-an dan kini biasa terdapat dalam taman di bandar. Pada 1880-an mereka dianggap jarang ditemui.[16]

Tingkah laku dan ekologi[sunting | sunting sumber]

YosriBurungKunyit.gif
Burung jantan berbeza secara geografi dari segi lebar tompok hitam dan kuning pada kepala, sayap dan ekor
Lakaran O. c. broderipii (1850)

Burung Kunyit Besar telah direkod memakan sejumlah julat beri yang luas termasuk Trema orientalis, Ara dan yang lain selain serangga. Ia telah dicadangkan bahawa mereka mungkin membantu penyebaran spesies Ara/ Ficus ke pulau Krakatoa di mana mereka adalah dikalangan spesies perintis awal.[17] Di India, ia dicatat sebagai meminum madu dari bunga besar seperti Salmalia dan Erythrina.[4] Mereka kadang kala merupakan pemangsa sarang burung lebih kecil.[18] Musim membiak adalah antara April hingga Jun (Januari–Mac di Pulau Nicobar[19]) dan sarang di lopong pada cabang pokok.[6] Telur antara dua hingga tiga, merah jambu ikan salmon dengan tompok kemerah-merahan dan tompok lebih gelap[3][20] Sarangnya sering kali di bina berhampiran sarang "Black Drongo". Dua atau tiga sarang mungkin dibina oleh burung betina dan satu dipilih bagi bertelur.[19] Burung jantan kadang-kala duduk di sebelah sarang yang tidak digunakan. Pengeraman dilakukan oleh burung betina sahaja dan telur menetas selepas 14 hingga 16 hari dan anak burung tumbuh bulu dalam tempoh dua minggu. Burung betina duduk hampir sarang, mengambil bahagian bagi membersihan sarang dengan membuang karung najis, menghalau pemangsa dan memberi makan. Burung jantan mengambil peranan lebih aktif dalam memberi makan dan menjaga anak. Eurasian Tree Sparrows and Black Bulbuls kadang kala menggunakan sarang yang ditinggalkan. Pemangsa sarang termasuk burung gagak, treepies dan helang.[21] Di kebanyakan bahagian di Asia Tenggara, mereka ditangkap dan dijual dalam perdagangan haiwan peliharaan.[22]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Kunyit Besar adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Kunyit Besar tidak bergigi.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan, buah-buahan dan serangga.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Bertelur merupakan cara pembiakan

Habitat[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. SCHEDULE THREE, TOTALLY PROTECTED BIRDS
  2. DENDANG SELAYANG
  3. 3.0 3.1 Baker, ECS (1926). Fauna of British India. Birds. Volume 3 (edisi 2). London: Taylor and Francis. m/s. 7–11. http://www.archive.org/stream/BakerFbiBirds3/BakerFBI3#page/n25/mode/1up. 
  4. 4.0 4.1 4.2 Ali S and SD Ripley (1986). Handbook of the birds of India and Pakistan. Volume 5 (edisi 2). New Delhi: Oxford University Press. m/s. 104–108. 
  5. Butler, AL (1899). "The birds of the Andaman and Nicobar Islands. Part 1". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 12 (2): 386–403. 
  6. 6.0 6.1 6.2 Rasmussen, P.C. & Anderton, J.C. (2005). Birds of South Asia. The Ripley Guide. Volume 2. Smithsonian Institution and Lynx Edicions. m/s. 586–587. 
  7. Rand, AL (1951). "birds of Negros Island". Fieldiana Zoology 31 (48): 571–596. http://www.archive.org/stream/birdsofnegrosisl3148rand#page/591/mode/1up/. 
  8. Brazil, Mark (2009). Field Guide to the Birds of East Asia.. London: Christopher Helm. m/s. 300–301. ISBN 0713670401. 
  9. Jerdon, TC (1863). The Birds of India. Volume 2. Part 1. Military Orphan Press, Calcutta. m/s. 109–110. http://www.archive.org/stream/birdsofindiabein21jerd#page/109/mode/1up/. 
  10. Dickinson, EC; RWRJ Dekker; S Eck & S Somadikarta (2004). "Systematic notes on Asian birds. 43. Types of the Oriolidae". Zool. Verh. Leiden 350: 65–84. http://www.naturalis.nl/sites/naturalis.en/contents/i000308/snab043.pdf. 
  11. Goodman SM & D E Willard (1995). "The birds of Sibuyan Island, Romblom province, Philippines, with particular reference to elevational distribution and biogeographic affinities.". Fieldiana Zoology 82: 1–57. http://www.archive.org/stream/birdsofsibuyanis82good#page/29/mode/1up. 
  12. Greenway J.C, Jr. (1962). "Family Oriolidae". In Mayr, E and Greenway JC, Jr.. Check-list of birds of the World. Volume 15. Museum of Comparative Zoology, Cambridge. m/s. 122–137. http://www.archive.org/stream/checklistofbirds151962pete#page/128/mode/1up. 
  13. Knud A. Jønsson, Rauri C. K. Bowie, Robert G. Moyle, Martin Irestedt, Les Christidis, Janette A. Norman and Jon Fjeldsa (2010). "Phylogeny and biogeography of Oriolidae (Aves: Passeriformes)". Ecography 33: 232–241. doi:10.1111/j.1600-0587.2010.06167.x. http://www.nrm.se/download/18.25ba04a21296cc434f980005871/J%C3%B6nsson+et+al+Oriolidae.pdf. 
  14. Dickinson, EC (2000). "Systematic notes on Asian birds. 7. Black-naped Oriole Oriolus chinensis Linnaeus, 1766: some old nomenclatural issues explained". Zoologische Verh., Leiden 331: 131–139. http://www.repository.naturalis.nl/document/46283. 
  15. Robinson, H.C. (1927). The Birds of the Malay Peninsula. Volume 1: The Commoner Birds. London: Witherby. m/s. 273–274. http://rmbr.nus.edu.sg/biblio/robinson_chasen/vol1/51_Orioles.pdf. 
  16. Ward P (1968). "Origin of the avifauna of urban and suburban Singapore". Ibis 110 (3): 239–255. doi:10.1111/j.1474-919X.1968.tb00036.x. 
  17. Ian W. B. Thornton, Stephen G. Compton, Craig N. Wilson (1996). "The role of animals in the colonization of the Krakatau Islands by fig trees (Ficus species)". J. Biogeography 23 (4): 577–592. doi:10.1111/j.1365-2699.1996.tb00019.x. 
  18. Wee, Y. C. (2009). "Observations on the behaviour of the Yellow-vented Bulbul (Pycnonotus goiavier (Scopoli) in two instances of failed nesting". Nature in Singapore 2: 347–352. http://rmbr.nus.edu.sg/nis/bulletin2009/2009nis347-352.pdf. 
  19. 19.0 19.1 Sivakumar K (2003). "Some observations on the breeding biology of birds on Great Nicobar Island, India". Forktail: 130–131. http://www.orientalbirdclub.org/publications/forktail/19pdfs/Sivakumar-Nicobar.pdf. 
  20. Herklots, GAC (1936). "The birds of Hong Kong. Part 23". The Hong Kong Naturalist 7 (2): 99–101. http://sunzi.lib.hku.hk/hkjo/view/27/2700365.pdf. 
  21. Li-ching Chu (2007). Study of Breeding Biology and Habitat Use of Black-naped Oriole (Oriolus chinensis). Unpublished Masters Thesis, National Sun Yat-Sen University, Taiwan. http://etd.lib.nsysu.edu.tw/ETD-db/ETD-search/getfile?URN=etd-0213107-155607&filename=etd-0213107-155607.pdf. 
  22. Shepherd, CR; Jeet Sukumaran, Serge A. Wich (2004). Open Season: An analysis of the pet trade in Medan, Sumatra 1997 - 2001. TRAFFIC Southeast Asia. http://www.traffic.org/general-reports/traffic_pub_trade5.pdf. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z