Burung Lang Lebah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Lang Lebah
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Falconiformes
Famili: Accipitridae
Genus: Pernis
Spesies: P. ptilorhynchus
Nama binomial
Pernis ptilorhynchus
Temminck, 1821

Burung Helang Lebah (bahasa Inggeris: Oriental Honey Buzzard) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pernis ptilorhynchus[1], [2]. Burung Lang Lebah adalah burung pemangsa dalam keluarga Accipitridae yang turut merangkumi burung pemangsa diurnal lain seperti kite, eagle dan harrier.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Lebah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Lebah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Lebah tidak bergigi.

Ia adalah lebih besar dan sayap lebih lebar berbanding burung yang sama di barat Pernis apivorus.

Ia kelihatan berleher panjang dengan kepala keci;, dan melayang dengan sayap yang rata. Ia mempunyai ekor panjang dan bulu kepala pendek. Keperangan di bahagian atas, tetapi tidak segelap Honey Buzzard, dan lebih pucah di bahagian bawah. Terdapat gelang gelap di bahagian tekak.

Agak luar biasa dikalangan burung pemangsa, jantina keduanya dapat jelas kelihatan. Burung jantan mempunyai kepala biru-kelabu, sementara kepala burung betina bewarna keperangan. Burung betina lebih besar dan gelap erbanding burung jantan. Burung jantan mempunyai ekor hitam dengan gelong putih, sementara burung betina menyerupai Honey Buzzard betina.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Lebah datang dari tempat pembiakannya di kawasan terpencil Siberia. Ia meluncur di arus udara, menandakan penerbangannya dengan panggilan nyaring, sambil mencari sarang lebah untuk dimakan larva dan madunya. Burung ini boleh dijumpai di Sepang, Selangor, Tanjung Tuan, Melaka dan Pulau Kukup, Johor.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Lebah membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Lebah bercangkerang keras. Ia membiak di Asia dari Siberia pusat barat hingga ke Jepun. Pada musim panas, ia berhijrah ke Siberia, menghabiskan musim sejuk di Asia Tenggara tropika termasuk Malaysia. Di tempat lain, ia lebih kurang penghuni tetap. Makanannya khas, memakan larva dan sarang penyengat, walaupun ia memakan haiwan mangsa kecil lain.

Burung Lang Lebah membiak di kawasan hutan, dan tidak banyak kelihatan kecuali pada musim bunga spring, apabila paparan mengawan termasuk mengepuk sayap.

Perlindungan[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Lebah merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • British Birds, volume 99, March 2006


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z