Burung Layang-layang Gua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Layang-Layang Gua
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Apodiformes
Keluarga: Apodidae
Genus: Aerodramus
Spesies: A. fuciphagus
Nama binomial
Aerodramus fuciphagus
(Thunberg, 1812)
Sinonim

Collocalia fuciphaga

Burung Layang-layang Gua (bahasa Inggeris: Edible-nest Swiftlet) ialah salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Asia Tenggara. Ia memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Nama sainsnya Aerodramus fuciphagus.[1]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Layang-Layang Gua adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Ia mempunyai paruh tanpa gigi.

Sebagai burung, Burung Layang-Layang Gua membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Telur yang dihasilkan 2 biji setiap musim.

Jangka hayatnya lingkugan 15 tahun . Berpasangan tetap dan tidak akan mencari pasangan baru walaupun pasangannya telah mati.

Jantung Burung Layang-Layang Gua terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung Layang-Layang Gua berasal dari kawasan hutan rimba dan gua batu di Asia Selatan, kepulauan di selatan Lautan Pasifik , kawasan-kawasan timur laut Australia.

Disebabkan kemajuan technologi , jenis teknik menarik layang sarang putih ini boleh ditarik ke Rumah buatan manusia dengan syarat yang tertentu. Akan tetapi peratusan berjaya adalah sebanyak 20% , malah kos pembinaan rumah walit adalah tinggi.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Sarang Burung Layang Layang Gua

Keistimewaan burung Layang-Layang Gua ini ialah sarangnya yang diperbuat daripada air liurnya, boleh dimakan oleh manusia dan menjadi ubat-ubatan tradisional sejak zaman dahulu. Contohnya sarangnya didakwa mampu merawat ashma, Menyihatkan paru-paru, memulihkan dan pembentukan sel baru untuk kulit wanita supaya kelihatan lebih muda, untuk ibu yang mengadung supaya pembentukan anak dalam rahim lebih cerdas dan organ yang sihat dll. Pertama sekali menjadi amalan pemakanan di negara China, kini ia menjadi bahan makanan popular di merata dunia. Lantaran itu menjadikan sarang burung Layang-Layang Gua ini berharga tinggi hingga mencecah kadar RM7,000 sekilogram. Malah ada laporan yang menyebut di Negeri China harga sarang burung Layang-Layang Gua jenis putih besar mencapai kadar RM26,000 sekilogram.

Penternakan[sunting | sunting sumber]

Bangunan Burung Layang-Layang Gua di Thailand

Penternakan burung Layang-Layang Gua dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung Layang-Layang Gua perlu membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini. Apabila siap bangunan ini perlu dilakukan aktiviti memanggil burung ini untuk datang membuat sarang. Cara memanggilnya adalah dengan memainkan cakera padat atau pita rakaman bunyi burung itu. Apabila burung Layang-Layang Gua ini mendengar bunyi berkenaan burung ini akan datang berlegar dan masuk ke dalam bangunan itu untuk mencari kesesuaian membuat sarang. Ini disebabkan burung Layang-Layang Gua bersarang secara berkawan, dan apabila mendengar bunyi bising ia akan bersarang kerana menyangka banyak rakannya bersarang di situ.

Sarang burung Layang-Layang Gua disahkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai bersih dan boleh dimakan. [perlu rujukan] Bagaimanapun penternakan burung Layang-Layang Gua tidak sesuai dilakukan berhampiran dengan penempatan manusia disebabkan terdapatnya ancaman penyakit selsema burung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z