Burung Madu
| Burung Madu | |
|---|---|
| Archilochus alexandri betina | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Kordata |
| Kelas: | Aves |
| Subkelas: | Neornithes |
| Infrakelas: | Neognathae |
| (unranked): | Cypselomorphae |
| Order: | Apodiformes |
| Keluarga: | Trochilidae Vigors, 1825 |
| Subfamili | |
Burung Madu ialah sejenis Burung Kelicap[1] yang berada dalam keluarga Trochilidae.[2] Ia merupakan antara burung terkecil, kebanyakan spesies berukuran dalam julat 7.5–13 cm (3–5 in). Malah, spesies burung masih wujud terkecil ialah burung madu Mellisuga helenae yang sepanjang 5 cm. Ia boleh terapung di udara dengan mengepak-ngepak sayapnya di udara dengan cepat, 12–90 kali sesaat (berbeza mengikut spesies). Untuk menjimatkan tenaga semasa tidur atau apabila kekurangan makanan, burung madu boleh memasuki keadaan serupa-hibernasi (torpor) di mana kadar metabolismanya menurun sehingga 1/15 kadar biasa.[3] Famili ini juga merupakan satu-satunya jenis kumpulan burung yang boleh terbang ke belakang (dan dalam semua arah).[4] Ia boleh terbang dengan kelajuan melebihi 15 m/s (54 km/j; 34 bsj).[5]
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Rahsia spesies burung Kosmo! Online
- ↑ Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716. m/s. 138
- ↑ Hummingbirds Smithsonian Migratory Bird Center
- ↑ Ridgely, Robert S.; dan Paul G. Greenfield. The Birds of Ecuador, Jilid 2, Field Guide, Cornell University Press, 2001
- ↑ Clark dan Dudley (2009). "Flight costs of long, sexually selected tails in hummingbirds".Proceedings of the Royal Society of London, Mac 2009.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Burung Madu |
- Terbang Tinggi Orbit Buku