Burung Pipit Kuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Pipit Kuning
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Motacilla
Spesies: M flava
Binomial: Motacilla flava

Burung Pipit Kuning adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Motacilla flava.

Burung Pipit Kuning merupakan burung passerine dalam kumpulan wagtail famili Motacillidae, yang termmasuk burung Pipit dan Cakar panjang("longclaw").

Spesies ini membiak dikebanyakan kawasan serdahana di Eropah dan Asia dan bertapak di Amerika Utara di Alaska. Ia menduduki kawasan lebih serdahana di julatnya, seperti Eropah timur, tetapi populasi keutara dan timur merupakan burung migrasi ke Afrika dan Asia Selatan. Populasi di Beringia menghabiskan musim sejuk jauh kebawah di persisiran Pasifik.

Anak Ekor getar kepala biru "Blue-headed Wagtail" (M. f. flava)

Individu terasing hadir ditempat musim sejuk ketika tempoh migriasi. Sebagai contoh, di Palau Micronesia kawanan migrasi spesies ini muncul – kelihatannya burung Pipit Kuning Laut Bering, dan termasuk banyak burung dewasa – sering dilihat, sementara lebih jauh ke utara di Marianas, hanya beberapa individual sesat – biasanya burung betina atau anak muda – kadang-kala dilihat.[1]

Burung Pipit Kuning adalah kurus sepanjang 15–16 cm, dengan ciri-ciri ekor panjang, sentiasa bergedik sebagaimana kesemua genusnya. Ia memiliki ekor terpendek dikalangan ekor gedik Eropah ("European wagtails"). Burung Pipit Kuning jantan membiak biasanya memiliki warna zaitun di atas dan kuning di bawah. Pada yang lain, warna kuning mungkin pudar dengan putih. Kepala jantan membiak memiliki pelbagai warna bergantung kepada subspesies.

Bunyinya berciri-ciri jeet nyaring.[2]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Burung Pipit Kuning pemakan serangga ini menduduki kawasan berhampiran dengan air, seperti padang bergenang.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Ia bersarang dicelah rumput, bertelur antara 4-8 telur serangkap.

Systematik[sunting | sunting sumber]

Systematik spesies ini dan phylogeni amat mengelirukan. Hampir berdozen subspesies telah digambarkan pada sesuatu masa, dan kini antara 15-20 dianggap sahih masa kini bergantung kepada siapa yang melakukannya. Selain itu, Citrine Wagtail (M. citreola) membentuk kompleks spesies kryptik dengan burung ini;[3] kedua taxa yang biasanya dihadkan merupakan paraphyletic sesama sendiri. Populasi di kawasan Beringia kadang-kala diasingkan sebagai Eastern Yellow Wagtail (M. tschutschensis).

Habitat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan