Burung Pucung Gelam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Pucung Gelam
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Pelecaniformes
Keluarga: Ardeidae
Genus: Ixobrychus
Spesies: I. eurhythmus
Nama binomial
Ixobrychus eurhythmus
Swinhoe, 1873

Burung Pucung Gelam (bahasa Inggeris: Schrenck's Bittern) ialah sejenis burung pucung yang kecil yang membiak di China dan Siberia antara bulan Mac hingga Julai, dan di Jepun antara bulan Mei hingga Ogos. Burung ini menghabiskan musim sejuknya di Indonesia, Filipina, Singapura, dan Laos, tetapi melepaskan kawasan-kawasan yang lain di Asia Tenggara.

Burung Pucung Gelam merupakan spesies yang kecil, dengan panjangnya 38 sentimeter. Lehernya pendek, dengan paruh panjang dan kaki yang berwarna kuning. Burung jantan berwarna perang berangan sama rata pada bahagian atas, dan kuning pucat di bahagian bawah serta bahagian bawah sayapnya. Burung betina dan anak burung berwarna perang berangan pada keseluruhannya, dengan bintik-bintik putih di bahagian atas serta jalur putih di bahagian bawah. Semasa terbang, ia menonjolkan bulu terbang dan ekor yang berwarna hitam.

Habitat pembiakannya kawasan yang bermensiang. Burung Pucung Gelam amat sukar dilihat kerana gaya hidupnya yang terhendap-hendap serta habitatnya yang bermensiang, tetapi burung-burung ini cenderung muncul pada waktu senja ketika ia dapat dilihat mendekati mangsanya secara diam-diam.

Burung Pucung Gelam banyak didapati di taburannya, dan telah dinilai sebagai paling kurang menimbulkan kebimbangan dalam Senarai Merah IUCN bagi Spesies Terancam.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
Alatan peribadi
Ruang nama
Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain