Burung Rimba Kopiah Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Rimba Kopiah Hitam
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Famili: Timaliidae
Genus: Pellorneum
Spesies: P. capistratum
Nama binomial
Pellorneum capistratum
(Temminck, 1823)

Burung Telanjuk (bahasa Inggeris: Pellorneum capistratum ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Asia Tenggara. Nama sainsnya Pellorneum capistratum[1], merupakan spesies dalam keluarga Timaliidae.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Burung Rimba Kopiah Hitam merupakan burung yang pemalu dan bergerak senyap-senyap di antara ranting dan dedaunan semak belukar atau tumbuhan bawah yang rapat. Hanya terdengar suaranya sesekali, yang disiulkan berulang: wiit.. , atau cii-wiit.. , tinggi dan menembus. Atau gumam lembut: tut-ur-ur-ur..

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Rimba Kopiah Hitam ialah sejenis burung yang kecil dan ramping. Bulu-bulu didominasi warna coklat dan coklat zaitun, terutama punggung, sayap dan ekor. Bahagian atas kepala berwarna hitam hingga ke tengkuk, diapit oleh sepasang garis alis mata yang berwarna kuning tua jingga di depan dan putih di sebelah belakang. Pipi (di depan mata) dan pelipis (di belakang mata) abu-abu. Penutup telinga berwarna jingga kecoklatan. Sisi bawah tubuh (dagu, dada, perut, hingga pantat) berwarna jingga kecoklatan, diselingi sepetak warna putih di bagian leher depan. Bulu-bulu di bagian dalam berwarna kelabu kehitaman. Iris mata merah kecoklatan; paruh sebelah atas kehitaman, sebelah bawah abu-abu keputihan; kaki merah ungu kecoklatan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Rimba Kopiah Hitam membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung Rimba Kopiah Hitam merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]