Burung Sekendi Kepala Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Sekendi Kepala Hitam
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Ciconiiformes
Famili: Threskiornithidae
Genus: Threskiornis
Spesies: T. melanocephalus
Binomial: Threskiornis melanocephalus


Burung Sekendi Kepala Hitam (bahasa Inggeris: Black-headed Ibis) ialah salah satu spesies burung randuk daripada famili Threskiornithidae yang membiak di bahagian selatan Asia dari India dan Sri Lanka ke Jepun. Nama sainsnya Threskiornis melanocephalus.

Burung Sekendi Kepala Hitam membina sarang daripada dahan-dahan di atas pokok dan mengeluarkan dua hingga empat biji telur. Burung ini biasa terdapat di tanah lembap daratan yang berpaya serta di pantai, dan makan berbagai-bagai jenis ikan, katak, dan haiwan air yang lain, serta serangga.

Panjang burung dewasa biasanya sehingga 75 sentimeter, dengan warna kelabu di beberapa bahagian sayapnya. Kepala yang tidak berbulu, dan leher serta kaki burung ini berwarna hitam. Paruh yang lengkok dan tebal berwarna kuning muram. Kedua-dua jantina burung dewasa kelihatan sama sahaja, tetapi warna leher untuk anak burung ini adalah lebih putih dan paruhnya berwarna hitam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]