Burung Udan Putih
| Burung Undan Putih | |
|---|---|
| Status pemuliharaan | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Kordata |
| Kelas: | Burung |
| Order: | Pelican |
| Keluarga: | Pelecanidae |
| Genus: | Pelecanus |
| Spesies: | P. onocrotalus |
| Nama binomial | |
| Pelecanus onocrotalus Linnaeus, 1758 |
|
Burung Udan Putih ialah burung daripada keluarga burung undan. Ia hidup di kawasan yang terbentang dari Eropah tenggara sehingga Asia serta juga di Afrika. Nama saintifiknya Pelecanus onocrotalus.
Burung Udan Putih merupakan burung undan yang kedua terbesar, selepas Burung Undan Dalmatia. Ukurannya 10 kilogram (22 paun) beratnya, 160 sentimeter panjangnya, dan 280 sentimeter (110 inci) rentang sayapnya. Ia berbeza daripada Burung Undan Dalmatia dari segi warna bulunya yang putih tulen, berbanding dengan warna putih kekelabu-kelabuan, serta tompok muka dan kaki yang berwarna merah muda. Burung jantan adalah lebih besar daripada burung betina, dan memiliki paruh panjang yang melengkung ke bawah, berbanding dengan paruh burung betina yang lebih lurus dan lebih pendek. Anak burung berwarna kelabu dan memiliki bulu pelepah terbang yang berwarna pekat.
Burung Udan Putih membiak di paya dan tasik cetek, dengan sarangnya terdiri daripada longgokan bahan tumbuhan yang kasar. Melebihi 50% daripada burung ini membiak di Delta Danube. Burung ini berpindah ke kawasan yang berhampiran dan menghabiskan musim sejuknya di Afrika timur laut. Dalam penerbangan, burung ini merupakan burung yang anggun, dengan kepalanya tertunduk merapati badan.
Burung Udan Putih menangkap ikan dan menyimpannya di dalam saku paruh yang besar semasa berenang di permukaan air. Serupa dengan Burung Undan Dalmatia, populasi spesies ini telah merosot dengan ketara, akibat kehilangan habitat serta penyeksaan.
Burung Udan Putih merupakan salah satu spesies yang dilindungi oleh "Perjanjian Pemuliharaan Burung Air Hijrah Afrika-Eurasia" (AEWA).
Rujukan [sunting]
- BirdLife International (2004). Pelecanus onocrotalus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 12 May 2006. Masukan pangkalan data, termasuk alasan mengapa spesies ini tidak menimbulkan banyak kebimbangan
Pautan luar [sunting]
- Lembaran Fakta Spesies BirdLife
- Senarai Merah IUCN
- Video Burung Undan Putih dalam Kolerksi Burung Internet
Galeri [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Burung Udan Putih |
- Spesies berisiko rendah
- Taxobox memerlukan parameter sistem status
- Burung undan
- Burung Asia
- Burung Eropah
- Burung Armenia
- Burung China
- Burung Arab Saudi
- Burung Indonesia
- Burung Kazakhstan
- Burung Kenya
- Burung Turki
- Burung Korea Utara
- Burung Korea Selatan
- Burung Pakistan
- Burung Bahrain
- Burung Rusia
- Burung Asia Tenggara
- Burung Afrika