C-130 Hercules

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
C-130 Hercules
Lockheed C-130 Hercules.jpg
C-130 Hercules Tentera Udara Amerika Syarikat
Penerangan
Fungsi Pesawat pengangkut pelbagai guna
Anak kapal 4-6
Penerbangan pertama 23 Ogos 1954
Mula berkhidmat Disember 1956
Pengeluar Lockheed
Dimensi
Panjang 97 kaki 9 in 29.79 m
Lebar sayap 132 kaki 7 in 40.41 m
Tinggi 38 kaki 10 in 11.9 m
Luas sayap 1,745 kaki² 162.12 m²
Dimensi ruang kargo kaki³
Berat
Kosong 72,892 lb 33,063 kg
Penuh 155,000 lb 70,310 kg
Maksimum berlepas 175,000 lb 79,380 kg
Muatan
Powerplant
Engin 4 Allison T56 turboprop (model A-H)
4 Rolls Royce AE2100 turboprop
Kuasa 4 x 4,910 hp 4 x 3,600 kW
Performance
Laju maksimum 386 bsj 621 km/j
Jarak tempur 2,490 batu 4,000 km
Jarak ulang alik 4,605 batu 7,410 km
Had ketinggian 23,000 kaki 7,010 m
Kadar mendaki 1,900 kaki/min 580 m/min
Muatan sayap lb/kaki² kg/m²
Tujahan/berat
Kuasa/jisim hp/lb kW/kg
Avionik
Avionik

Pesawat udara turboprop empat enjin Lockheed C-130 Hercules, merupakan pesawat pengangkutan taktikal utama bagi tentera udara Amerika Syarikat. Hercules berupaya untuk mendarat dan berlepas dari lapangan terbang tanah yang pendek dan kasar, Lockheed C-130 Hercules merupakan pengangkut penumpang dan kargo dan digunakan dalan pelbagai peranan, seperti pesawat pembedil ( gunships ), pemerhati cuaca, tangki udara, pesawat bomba udara dan ambulan udara. Terdapat lebih 40 versi Hercules, dan ia digunakan secara meluas oleh lebih 50 negara termasuk Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama yang memperolehi pesawat berkenaan bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia. TUDM menggunakan pesawat ini bagi tugas unit payung terjun angkatan tentera, rondaan udara, maritim serta turut melaksanakan penerbangan ehsan disamping memberi tumpangan khas kepada unit-unit penguatkuasa awam seperti Polis Diraja Malaysia bagi tujuan latihan payung terjun unit elit Pasukan Gerakan Khas.

Pesawat tangki KC-130 dilengkapkan dengan tangki bahan api besi tahan karat ( stainless steel ) boleh alih bersaiz 13,626 Liter (3600 galen) yang di bawa dalam ruang kargo membekalkan bahan api tambahan apabila diperlukan. Dua pod pengisian bahanapi di udara drogue dan hos diletakkan di sayap setiap satunya mampu membekalkan sehingga 1,135 Liter (300 galen) seminit kepada dua pesawat serentak membenarkan bilangan kitaran pantas bagi formasi empat pesawat (dalam tempoh kurang dari 30 minute).

C-130 dijangkakan akan diganti dengan projek Pengangkutan STOL Maju Sederhana ( Advanced Medium STOL Transport )AMST USAF. Bagaimanapun, dengan pembatalan AMST, C-130 kekal dalam perkhidmatan. Pada masa kini model keluaran tunggal adalah C-130J baru.

Model[sunting | sunting sumber]

  • C-130A
    Penghantaran C-130A kepada tentera Amerika Syarikat bermula pada Disember 1956. C-130A dihantar telah dilengkapi dengan Allison T56-A-1 turboprop dan kipas 3 bilah.
  • C-130B
    Model pertama B dihantar pada April 1959. Model B dikenali sebagai kereta sport bagi angkatan udara fleet kerana ia tidak mempunyai tangki sayap dan mempunyai aileron dipertingkat sepenuhnya dengan 3,000 berbanding 2,050 paun/in&sup2 (21 berbanding 14 MPa) pada model lain. Ini membenarkan model B mempunyai kadar pusingan lebih tinggi ( higher roll rate ). Model B dilengkapkan dengan engin dipertingkatkan T56-A-7 dan kipas empat bilah.
  • C-130E
    Model E jarak dipertingkatkan mula berkhidmat pada tahun 1962. Jarak lebih jauh dicapai dengan tangki bawah sayap. Model E juga mempunyai ciri-ciri peningkatan struktur, peningkatan avionik dan kuasa berbanding berat yang lebih baik.
  • C-130H
    Model H kekal digunakan secara meluas dalam perkhidmatan USAF dan banyak tentera udara negara lain. Model H pertama bermula pada tahun 1964 dan kekal dihasilkan sehingga 1996. C-130H yang lebih baik diperkenalkan pada tahun 1974. Model H ini dikenali sebagai C-130K dalam perkhidmatan RAF. C-130H-30 adalah versi asal Hercules yang dipanjangkan dengan meletakkan sambungan 2.54 meter dihadapan kokpit dan sambungan 2.03 meter pada belakang badan fuislaj.
  • C-130J
    C-130J adalah versi terkini Hercules. Sementara tiada beza dari luar dengan Hercules klasik, model J adalah kapal terbang yang berbeza dalamannya. Perbezaan ini termasuk enjin turobprop Rolls-Royce Allison AE2100 baru dengan kipas yang diperbuat dari bahan komposit, peralatan avionik digital, keperluan anak kapal yang kurang, peningkatan keupayaan dan kos operasi sehing 27% lebih rendah. C-130J juga terdapat dalam panjang piawaian atau versi dipanjangkan (C-130J-30). Lockheed menerima tempahan untuk model J dari RAF yang memesan 25 pesawat, penghantaran pertama pada 1999. Pengguna terbesar model terbaru akan menjadi USAF yang menempah kapal terbang dalam jumlah meningkat.
  • L-100
    Siri L-100 adalah versi Hercules awam.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Pesawat penangki HC-130P Tentera Udara A.S sedang mengisi minyak ke helikopter HH-60G Pavehawk.
C-130 Hercules melepaskan suar, kadang kala digelar sebagai Angel Flares disebabkan oleh ciri bentuknya.

Variasi C-130 untuk kegunaaan tentera termasuk:

  • Pesawat pembedil Lockheed AC-130
  • Pengawal drone DC-130 dan GC-130
  • EC-130 Commando Solo arahan dan kawalan, dan peperangan elektronik
  • EC-130 COMPASS CALL
  • EC-130E ABCCC
  • HC-130P/N; operasi mengisi minyak khas, pengawasan jarak jauh, cari dan selamat
  • JC-130 dan NC-130; operasi angkasa dan peluru berpandu
  • Pesawat penangki taktikal KC-130
  • Sokongan Artik & Antartik LC-130
  • MC-130E/H Combat Talon I/II (operasi khas)
  • Patrol marin PC-130
  • Peninjau RC-130
  • Cari dan selamat SC-130
  • Pengangkut VIP VC-130
  • Peninjau cuaca WC-130

Variasi C-130 untuk kegunaan awam

  • L-100 - sepadan dengan C-130E
  • L-100-20 - dipanjangkan 8.3 kaki (2.5 m)
  • L-100-30 - dipanjangkan 15 kaki (5 m)

Sejarah Operasi[sunting | sunting sumber]

C-130 Hercules melakukan pendaratan dan pelepasan dari kapal pengangkut pesawat USS Forrestal pada 1963.

Tentera[sunting | sunting sumber]

C-130 mencatat sejarah pada pada 8 November, 21 November dan 22 November 1963 apabila C-130 membuat pendaratan di atas kapal USS Forrestal. C-130 mencatat rekod untuk pesawat terberat dan terbesar mendarat di atas kapal induk Tentera laut. Ujian itu berjaya tetapi idea tersebut di anggap terlalu merbahaya untuk operasi COD biasa (Penghantaran Atas Kapal Induk Carrier On-board Delivery").

Awam[sunting | sunting sumber]

Pada hujung tahun 1980-an, 22 buah kapal terbang C-130A milik Tentera Udara A.S yang telah dibersarakan dikeluarkan daripada simpanan di Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan dan dipindahkan ke Perkhidmatan Perhutanan A.S yang mana kemudiannya telah menjual kapal terbang ini kepada 6 syarikat persendirian untuk diubah suai kepada kapal terbang penangki udara untuk digunakan dalam melawan kebakaran hutan (lihat skandal kapal terbang penangki udara Perkhidmatan Perhutanan A.S). Selepas 2 buah kapal terbang ini terhempas disebabkan oleh sayapnya tertanggal semasa dalam penerbangan angkara "rekahan tekanan lesu" (fatigue stress cracking), keseluruhan angkatan kapal terbang C-130A tidak lagi dibenarkan untuk digunakan pada tahun 2004.

Kapal terbang C-130 milik Tentera Udara Australia digunakan untuk membawa seorang pesakit seberat 530 paun (240 kg) kerana ketiadaan ambulans atau pesawat yang cukup besar untuk mengangkutnya. Walaupun pesakit wanita ini cukup sihat untuk diangkut melalui jalan darat dari Mt. Isa ke Townsville, Perkhidmatan Ambulans Queensland tidak mempunyai kenderaan untuk membawanya.[1]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Negara-negara yang menggunakan kapal terbang C-130

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pesawat C-130K (C.3) milik Tentera Udara Diraja Britain.

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding