C. Ramanathan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

C. Ramanathan (72 tahun) merupakan bekas jurulatih olahraga kebangsaan.

Tuduhan mencabul[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara empat tahun terhadapnya bagi kesalahan mencabul dua atlet bawah umur pada 1992.Beliau meminta Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasanya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 untuk menyemak keputusan itu yang beliau dakwa telah berlaku kesilapan mahkamah.Peguam belanya, Karpal Singh.Hakim menyediakan alasan penghakiman bertulis.

Ramanathan dipenjarakan di Penjara Kajang selama 4 tahun ekoran keputusan Mahkamah Sesyen pada 1996. Mahkamah Sesyen pada 8 Nov 1996 menjatuhkan hukuman penjaran 4 tahun kerana mencabul atlet remaja di bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur antara 23 Oktober dan 27 Oktober 1992 antara jam 9 dan 10 malam. Kedua-dua hukuman diperintah dijalankan serentak.

Atlet tersebut berumur 15 dan 16 tahun, ketika itu sedang menjalani latihan berpusat bagi Kejohanan Olahraga Remaja Asia di New Delhi, India.[1]

Bebas sementara[sunting | sunting sumber]

Pada 8 November 1996, Ramanathan dihukum penjara empat tahun selepas Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah menggunakan kekerasan dengan niat untuk mencabul kehormatan atlet berumur 15 dan 16 tahun itu di bangunan MABA di Kuala Lumpur antara pukul 9 pagi dan 10 malam, 23 Oktober dan 27 Oktober 1992.

Kelewatan penghakiman bertulis tidak menyebabkan prejudis kepada Ramanathan kerana Hakim Mahkamah Sesyen menyampaikan keputusannya pada 8 November 1996 manakala penghakiman bertulis dikeluarkan pada 26 Oktober 2001.[2]

Pada 24 Februari 2005, Ramanathan dibebaskan daripada kedua-dua tuduhan selepas Mahkamah Tinggi menerima rayuannya.

Pada 11 Julai 2008, Datuk Zainun Ali,bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulong Matjeraie mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan Ramanathan atas tuduhan tersebut. Pembebasannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Ramanathan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.[3]

Pada 17 April 2009, Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Gopal Sri Ram (kini Hakim Mahkamah Persekutuan), Hakim Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan membebaskan Ramanathan setelah berpuas hati bahawa Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa menyemak dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan lain.

Pada 10 disember 2009, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Md. Raus Sharif menolak rayuan Ramanathan.

Kehidupan dalam penjara[sunting | sunting sumber]

Kehidupan sembilan bulan dalam Penjara Kajang mengajarnya banyak perkara terutama bagi membantunya menjalani kegiatan harian secara spiritual selain memberinya ruang menulis buku mengenai pengalamannya sebagai jurulatih. Tiada apa yang menarik hidup terkurung, tetapi pengurusan penjara melayan saya dengan baik dan membantu saya menyesuaikan diri dengan persekitaran berbeza.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]