CA-125

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Protein CA-125, juga dikenali sebagai CA125, adalah ringkasan bagi antigen barah 125. CA-125 merupakan penanda ketumbuhan (tumor marker) atau penanda bio yang mungkin meningkat dalam darah sesetengah orang yang mempunyai jenis barah yang khusus. CA-125 merupakan glykoprotein mucinous dan hasil bagi gen MUC16.

Isi kandungan

[sunting] Sensitif dan pengkhususan

Ia merupakan penanda yang paling dikenali bagi penyakit barah ovari, tetapi ia turut meningkat bagi barah malignant lain, termasuk yang bersasl dari endometrium, tiub fallopian, paru-paru, buah dada dan usus besar (gastrointestinal tract).

CA125 juga boleh meningkat dalam beberapa keadaan yang tidak merbahaya seperti, seperti endometriosis,[1] beberapa penyakit ovari, dan kehamilan.[2] Ia turut cenderung meningkat dengan kehadiran sebarang keradangan pada bahagian perut (abdominal), tidak kira sama ada ia benar-benar barah atau bukan.

Dengan itu, CA-125 bukanlah satu ujian khusus bagi mengesan barah, dan ia juga tidak sensitif sepenuhnya disebabkan bukan kesemua pesakit mengidap barah akah mempunyai tahap CA-125 yang meningkatit dalam darah.[3] Sebagai contoh, 79% dari kesemua barah ovari menunjukkan positif bagi peningkatan CA125, manakala bakinya tidak menunjukkan sebarang antigen sama sekali.

[sunting] Kegunaan

CA-125 diluluskan secara klinikal bagi menjejak tindak balas kepada rawatan dan menjangka prognosis selepas rawatan. Ia juga amat berguna bagi mengesan pengulangan bagi barah ovari. Potensi peranannya bagi pengesanan awal barah ovari dipertikaikan dan tidak diterima secara menyeluruh bagi usaha penyaringan meluas bagi wanita asymptomatik. Masaalah utama bagi menggunakan ujian CA-125 sebagai perkakasan penyaringan adalah ia tidak khusus dan ketidakupayaannya bagi mengesan barah peringkat awal. Operasi diperlukan bagi mengesahkan wanita dengan CA-125 meningkat mempunyai barah ovari, dengan risiko yang berkait dengan pembedahan utama. Tambahan lagi, walaupun barah disahkan dalam keadaan sedemikian, ia biasanya pada tahap akhir di mana rawatan kurang berkesan. Matlamat bagi kebanyakan pakar biologi barah adalah memajukan ujian yang boleh digunakan bagi mengesan barah pada peringkat awal, di mana kesan rawatan adalah optima.

[sunting] Sejarah

CA-125 pada awalnya dikesan dengan menggunakan antibodi monoclonal direka khas OC125. Dr. Robert Bast dan pasukan penyelidiknya pertama kali mengasingkan antibodi monoclonal ini pada 1981.[4]

[sunting] Julat dalam barah ovari

Sungguhpun ujian ini secara umum tidak dianggap berguna bagi penyaringan besar-besaran oleh masyarakat perubatan, paras yang tinggi mungkin merupakan petanda bahawa wanita tersebut perlu menerima saringan diagnostik lanjut atau rawatan. Nilai normal berbeza antara 0 hingga 35 (u/mL). Paras lebih tinggi dikalangan wanita post-menopausal biasanya menunjukkan bahawa saringan lanjut diperlukan. Bagi wanita panca-menopausal pre-menopausal, ujian ini kurang terjamin kerana nilai seringkali meningkat disebabkan punca bukan barah, dan nilai melebihi 35 tidak semestinya punca untuk dibimbangkan.

[sunting] Rujukan

  1. Bagan P, Berna P, Assouad J, Hupertan V, Le Pimpec Barthes F, Riquet M (2007). Value of Ca 125 for diagnosis of pleural endometriosis in women with recurrent pneumothorax. doi:10.1183/09031936.00094206. PMID 17804443. 
  2. Sarandakou A, Protonotariou E, Rizos D (2007). "Tumor markers in biological fluids associated with pregnancy". Critical reviews in clinical laboratory sciences 44 (2): 151–78. doi:10.1080/10408360601003143. PMID 17364691. 
  3. "Screening Asymptomatic Women for Ovarian Cancer: American College of Preventive Medicine Practice Policy". http://www.acpm.org/ovary.htm. Capaian 2007-09-29. 
  4. Bast RC, Feeney M, Lazarus H, Nadler LM, Colvin RB, Knapp RC (1981). "Reactivity of a monoclonal antibody with human ovarian carcinoma". J. Clin. Invest. 68 (5): 1331–7. PMID 7028788. 

[sunting] Lihat juga

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain