CDNA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam genetik, cDNA (complementary DNA atau DNA pelengkap) ialah DNA yang dihasilkan dengan menggunakan mRNA sebagai templat. Perpustakaan cDNA menyimpan koleksi klon bakteria yang mempunyai plasmid rekombinan yang menbawa cDNA. Pembinaan cDNA lebih mudah kerana saiz cDNA lebih kecil dan mudah dimanipulasikan. Namun, cDNA adalah tidak lengkap untuk mewakili genom suatu organisma kerana hanya gen yang diekspresikan adalah hanya sebahagian daripada DNA asalnya.