CH-53 Sea Stallion
| CH-53 Sea Stallion | |
|---|---|
|
|
|
| Peranan | Helikopter kargo muatan berat |
| Pengeluar | Sikorsky Aircraft |
| Penerbangan sulung | YCH-53: 14 Oktober 1964 |
| Diperkenalkan | 1966 |
| Status | Aktif |
| Pengguna utama | Kor Marin Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Darat Jerman Tentera Udara Israel |
| Kelainan | MH-53 Pave Low CH-53E Super Stallion |
CH-53 Sea Stallion adalah nama panggilan sejenis helikopter berat buatan Sikorsky Aircraft pada asalnya dibuat untuk memenuhi keperluan Kor Marin Amerika Syarikat. Helikopter ini kini menjadi helikopter paling berat yang dibuat di negara barat. Helikopter ini direka bentuk sebagai Model 65 dalam tahun 1960. Dalam tahun 1964, helikopter ini memasuki perkhidmatan dengan Kor Marin sebagai CH-53A Stallion.
Helikopter CH-53A dipesan oleh Kor Marin untuk memenuhi keperluan helikopter pengangkutan berat, dan pesawat pertama menjalankan penerbangan pada 12 Oktober 1964.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Helikopter HH-53 adalah versi yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk operasi Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR). Pada 15 Mac 1967, helikopter HH-53B Super Jolly Green Giant membuat penerbangan sulungnya di Pangkalan Udara Wright-Patterson. Setelah menjalani penilaian dengan memuaskan, helikopter ini dihantar untuk menjalani misi CSAR di Vietnam. Helikopter HH-53 "Super Jolly" sepatutnya menggantikan helikopter HH-3 Jolly Green Giant dalam peranan CSAR.
HH-53 "Super Jolly" boleh terbang dengan lebih laju berbanding SH-3 Sea King dan mempunyai berat pelepasan hampir 3 kali berat pelepasan HH-3. Helikopter HH-53 "Super Jolly" juga lebih berkuasa membolehkan ia dipasangkan dengan pertahanan armor dan persenjataan yang lebih berat, dan boleh terkatung-katung dengan lebih upaya khususnya di tempat dan di paras tinggi.
Helikopter HH-53 Super Jolly menjadi helikopter utama digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat tempur CSAR semasa Perang Vietnam menggantikan helikopter SH-3 Sea King. Helikopter ini juga digunakan untuk melaksanakan misi-misi peperangan khas seperti penyusupan masuk anggota-anggota pasukan khas ke kawasan operasi. HH-53 Super Jolly digunakan untuk menyusup masuk pasukan komando semasa serangan ke atas penjara Son Tay dalam tahun 1970 dalam percubaan untuk membebaskan tahanan perang Amerika di penjara tersebut.
Kelainan [sunting]
- CH-53A - versi awal dibuat untuk Kor Marin sebanyak 139 unit
- RH-53A – helikopter pemusnah periuk api, 15 unit dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat
- TH-53A – Helikopter untuk latihan juru terbang
- HH-53B – Super Jolly Green Giant untuk Tentera Udara Amerika Syarikat khususnya untuk menjalankan operasi CSAR.
- CH-53C - Helikopter angkut berat untuk Tentera Udara Amerika Syarikat, 22 unit dibina.
- HH-53C - "Super Jolly Green Giant", helikopter HH-53B yang dinaik taraf untuk Tentera Udara Amerika Syarikat
- S-65C-2 (S-65o) – versi eksport ke Austria dan Israel
- S-65-C3 - versi eksport ke Israel
- CH-53D - CH-53A dengan sistem gear yang lebih baik, 124 unit dibina
- RH-53D – versi pemusnah periuk api yang ditambah baik
- VH-53D – 2 buah CH-53Ds untuk kegunaan VIP Kor Marin
- CH-53G - 110 unit binaan VFW untuk Tentera Jerman
- YHH-53H – prototaip Pave Low I
- HH-53H – helikopter penyusupan Pave Low III
- MH-53H – penamaan semula HH-53H
- MH-53E – Untuk eksport ke Jepun
- MH-53J – helikopter "Pave Low III", HH-53B, HH-53C,
- CH-53K – Penggantian CH-53E Kor Marin
- MH-53M – Versi "Pave Low IV" IDAS/MATT
- CH-53D Yas'ur 2000 - CH-53D yang dinaik taraf dan diperbaiki oleh IAI
Pengguna [sunting]
Spesifikasi (CH-53D) [sunting]
Data dari Deagel.com,[1] sejarah Tentera Laut A.S,[2] dan Fail fakta Tentera Laut A.S[3]
Ciri umum
- Anak kapal: 2 juruterbang, 1 atau lebih ketua krew
- Kapasiti: 37 anggota tentera (55 dalam konfigurasi lain) atau 24 buah pengusung
- Panjang: 88 kaki 6 in (26.97 m)
- Diameter rotor: 72 kaki 2.7 in (22.01 m)
- Tinggi: 24 kaki 11 in (7.6 m)
- Berat kosong: 23,628 lb (10,740 kg)
- Berat berisi: 33,500 lb (15,227 kg)
- Berat berlepas maksimum: 42,000 lb (19,100 kg)
- Loji kuasa: 2× General Electric T64-GE-413 turboshaft, 3,925 shp (2,927 kW) setiap satu
- Lebar (pangkal sayap): 28 kaki 4 in (8.64 m)
- Lebar (fiuslaj): 15 kaki 6 in (4.7 m)
- Sistem rotor: 6 bilah pada rotor utama
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 170 knot (196 bsj, 315 km/j)
- Kelajuan sederhana: 150 knot (173 bsj, 278 km/j)
- Jarak: 540 batu nautika (1,000 km)
- Lelangit khidmat 16,750 kaki (5,106 m)
- Kadar kenaikan: 2,460 kaki/min (750 m/min)
Persenjataan
- Dua mesingan .50 BMG XM218 dipasang pada pintu. Terdapat juga mesingan .50 BMG GAU-21 yang dipasang pada tanjakan.
- Helikopter CH-53G Jerman boleh dipasang dengan dua buah mesingan 7.62 mm MG3 pada pintu sisi, yang mana akan digantikan dengan dua buah mesingan .50 BMG M3M/GAU-21 pada pintu sisi dan satu pada tanjakan.
Lihat juga [sunting]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan [sunting]
- ↑ CH-53D Sea Stallion, Deagel.com, accessed 2007-03-10.
- ↑ CH-53A/D/E Sea Stallion and MH-53E Sea Dragon, US Navy.
- ↑ CH-53D Fact File, US Navy, 17 May 1999.
Pautan Luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: CH-53 Sea Stallion |
- US Navy CH-53A/D/E and MH-53E history page and US Navy CH-53 fact file
- CH-53D/E Fact File and CH/RH-53D fact file on USMC site
- CH-53 Yas'ur (Israeli Air Force website)
- H-53 page on GlobalSecurity.org
- CH-53 Sea Stallion page on GlobalAircraft.org
|
||||||||||||||
|
|||||||||||||||||