CH-54 Tarhe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
CH-54 Tarhe
Sikorsky Skycrane carrying parachute bomb c.jpg
CH-54A sedang membawa sebuah bom payung terjun
Peranan Helikopter kargo berat
Pengeluar Sikorsky Aircraft
Penerbangan sulung 1962
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Jumlah dibina 105
Dibangunkan dari CH-37 Mojave
Kelainan S-64 Skycrane
Helikopter CH-54 Tarhe mengangkat helikopter CH-47 yang rosak untuk dibaiki.

[[

Sikorsky CH-54A dan CH-54B Tarhe adalah helikopter yang asalnya diberikan penamaan Model 64 oleh Sikorsky. Helikopter ini dikenali sebagai Skycrane kerana melakukan kerja-kerja berat mengangkut keperluan berat di medan perang.

Helikopter ini mempunyai 3 orang anak kapal, iaitu juru terbang, pembantu juru terbang dan seorang ketua awak-awak yang mengendalikan jentera pengangkat (hoist). Helikopter ini berupaya mengangkat muatan yang berat dan besar dengan menggunakan kabel pengangkat. Penggunaan kabel ini membolehkan helikopter ini mengangkat muatan tanpa perlu mendarat terlebih dahulu.

Helikopter ini juga boleh mengangkat kotak kontena yang digunakan untuk pelbagai kegunaan, termasuk penggunaan sebagai sebuah surgeri MASH, lengkap dengan mesin X-Ray, bank darah dan peralatan makmal. Kotak ini dilengkapkan dengan pendingin hawa membolehkan pembedahan dilakukan di mana sahaja. Kotak yang lain membolehkan helikopter ini mengangkat 45 orang anggota tentera serba lengkap.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja pembangunan helikopter Sikorsky "sky-crane" bermula pada 1958 dengan menggunakan enjin piston S-60.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Helikopter ini berkhidmat dengan 1 Divisyen Kavalri di Vietnam. Helikopter ini juga digunakan dalam operasi mendapatkan semula pesawat udara terhempas yang terlalu berat untuk diangkat oleh helikopter CH-47 Chinook. Helikopter ini unik kerana boleh menggugurkan sebutir bom seberat 10,000 lb yang dikenali sebagai ‘daisy-cutter’ untuk memugar kawasan hutan untuk mewujudkan dengan serta merta kawasan pendaratan helikopter.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

  • YCH-54A: Helikopter pra-pengeluar, enam buah telah dibina.
  • CH-54A: Model pengeluaran dengan menggunakan dua enjin turboshaft T-73-P1 yang berkuasa 4500 shp, 54 buah dibina.
  • CH-54B: Versi berat CH-54A dengan dua enjin T-73-P700 turboshaft berkuasa 4800 shp dan giar pendaratan roda berkembar, 37 buah dibina.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Spesifikasi (CH-54B Tarhe)[sunting | sunting sumber]

Orthographically projected diagram of the Sikorsky CH-54B Tarhe.
Erickson Sky Crane S-64 di Essendon Airport

Data dari The Complete Encyclopedia of World Aircraft[1]

Ciri umum

  • Anak kapal: 3
  • Muatan: 20,000 lb (9,000 kg)
  • Panjang: 88 kaki 6 in (26.97 m)
  • Diameter rotor: 72 kaki 0 in (21.95 m)
  • Tinggi: 25 kaki 5 in (7.75 m)
  • Ceper luas: 4071.5 kaki² (378.24 m²)
  • Berat kosong: 19,800 lb (8,980 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 47,000 lb (21,000 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney T73-P-700 enjin turboshaft, 4,800 shp (3,580 kW) setiap satu

Prestasi


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Donald, D. (1997). "Sikorsky S-64 / CH-54 “Tarhe” helicopter". The Complete Encyclopedia of World Aircraft. http://avia.russian.ee/helicopters_eng/sik_s-64-r.html. Capaian 2006-10-08. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]