CMA CGM Thalassa
| Karier | |
|---|---|
| Nama: | CMA CGM Thalassa |
| Pengguna: | CMA CGM |
| Pembina: | Daewoo Shipbuilding |
| Yard number: | 4126 |
| Dilancarkan pada: | 2008 |
| Status: | Dalam perkhidmatan |
| Nota: | Tanda pengenalan:5BNE2 Nombor IMO: 9356294 MMSI:212151000 |
| Ciri-ciri | |
| Kelas dan jenis: | Kapal kontena |
| Tanan: | 130,700 tan metrik (berat mati) |
| Panjang: | 346.50 m (1,136.8 ka) |
| Lebar: | 43.20 m (141.7 ka) |
| Draf: | 15.00 m (49.21 ka) |
| Pendorongan: | Enjin MAN B&W 12K98MC-C 72,264 kW |
| Kelajuan: | 24.7 knot (46 km/j) (maksimum) 24.3 knot (45 km/j) (pelayaran biasa) |
| Muatan: | 10,960 TEU |
CMA CGM Thalassa ialah kapal kontena terbaru syarikat perkapalan terkenal CMA CGM. Kapal ini mula dibina pada tahun 2008, dan dihantar kepada pengoperasi kapal pada 30 Disember 2008. Kapal ini dibina di limbungan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Ltd di Korea Selatan. Pembinaannya mengikut syarat terbaru Pertubuhan Maritim Antarabangsa berkenaan SOLAS dan MARPOL. Selain itu, teknologi terbaru telah digunakan dalam pembinaannya yang menjadikannya antara kapal paling terkenal di dunia.
Isi kandungan |
Reka bentuk [sunting]
Kapal kontena CMA CGM Thalassa merupakan antara kapal terbesar dalam sektor pengangkutan maritim. Panjang keseluruhannya ialah 346.50 m (1,136.8 kaki) dan lebarnya 43.20 m (141.7 kaki). CMA CGM Thalassa mempunyai drauf maksimum sehingga 15.00 m (49.2 kaki), yang memberikannnya berat mati sehingga 130,700 tan metrik. Jumlah sesaran musim panas kapal kontena ini ialah 120,000 tan merik. Kapal ini memiliki kapasiti kargo sehingga 10,960 TEU, meletakkannya dalam tempat ketiga kapal kontena terbesar di dunia.
Enjin [sunting]
Enjin utama kapal ini ialah Man B&W 12K98ME-C. Kuasa enjin ini ialah 72,264 kW, cukup untuk menjana kelajuan maksimum sehingga 24.7 knot, dan kelajuan pelayaran biasa sehingga 24.3 knot.
Lihat juga [sunting]
- Emma Mærsk
- Hannover Bridge
- NYK Vega
- CMA CGM Medea
- Gudrun Mærsk
- COSCO Guangzhou
- MSC Pamela
- CMA CGM Vela
- MSC Madeleine